Wednesday, February 26, 2014

REPOST : JUBAH JEANS/DENIM YANG BEGITU STYLISTA SEKALI.



OK, aku dah start berniaga jubah jeans ni dari tahun lepas. Pernah buat promotion kat blog ni tapi waktu tu url aku lain. Sekarang aku dah tukar. Ade satu entry aku pasal jubah ni memang mendapat hits yang agak baik. Sebab aku dah tukar URL maybe entry tu dah tak keluar kat google. So, untuk kepastian aku pon try google. Terkejut sangat bila tahu ada orang curik entry, gambar jubah dan ayat sebijik sebijik tepek kat blog die. Kenapa?? Nak meniaga secara tipu ke ape? Ok, bawah ni entry lama aku.


Uuuuuppsss ke stylista??

Mestilah stylistaaaaaaaa :)

Hiks, Aku ni baru nak berkecimpung dalam dunia perniagaan. Maklum lah nak kahwin kena kumpul duit kak oiiiii. So, borak-borak dengan Dak Brader hari tu, dia suruh aku biznez tudung. Dia ada jumpa lah satu tempat yang boleh borong tudung banyak-banyak dengan harga yang ummmph! Tapinyeeee..aku fikir, tudung ni dah banyak sangat orang jual. Kat kedai pon melambak ko. Tak payah susah-susah nak beli online kecuali lah tudung tu memang lain dari yang lain. So, i rejected. Fikir something else. Something yang bukan sahaja mendatangkan untung malahan Insyaallah dapat pahala juga jika menjualnya. Ehemmmm. Apakah ??? So, kami buat keputusan untuk memulakan perniagaan jubah ! :) So, dear readers, mari shopping jubah jeans bersama ahkak.

KENAPA JUBAH JEANS BEST ????

1. Diperbuat dari kain denim yang lembut dan sejuk. Diz iz zeriuzzzz !
2. Jubah ni tak jarang. Tak nak pakai kain dalam pon takpe sebab tak nampak pon bayang kaki.
3. Jubah tak melekat pada badan kerana  diperbuat dari kain denim bukan macam lycra yang melekat kat badan tu.
4. Jubah ini stylo habisssss ko! Sesuai untuk jiwa-jiwa rock tapi masih mampu tampil menutup aurat.
5. Sesuai untuk semua event ! Bukan setakat nak bawak pergi kenduri doa selamat or kenduri kahwin je ok. Pergi shopping pon silaaaaaaaaaaaaa pakai jubah jeans. Cousin aku sarung jubah jeans je pergi KLCC. Simple yet Stylo :)

SO, HERE IS THE PROMOTION. HARGA MURAH SAHAJA!
KOD : JJN 003
AVAILABLE SIZE : S, M, L,XL

KOD : JJN 001
AVAILABLE SIZE : S, M. L & XL

KOD : JJN 002
AVAILABLE SIZE : S & M

KOD : JJN 004
AVAILABLE SIZE : L ONLY

HARGA PON AMAT MURAH. TAK PERCAYA BOLEH PERGI SURVEY DULU. :)


SEHELAI : RM 65


2 HELAI : RM 120



KALAU BERMINAT, BOLEH PM FB AKU DI SINI 


FACEBOOK ROHAIDAH JAMAL


Aku siap letak FB aku lagi nak suruh orang datang beli. Bawah ni pulak entry pencurik itew





Dah curik tu, curik la sampai habis kan. Bagi sekali link FB aku. Cittt podah!

Thursday, February 20, 2014

JUBAH JEANS /DENIM TERMURAH (RM 70) 2014

Hai Assalammualaikum :)

Hari ni nak buat promotion sikit lah. Kite dah ade page sendirik dekat FB.  Sila like page Gobok Cikgu Aida,pleaseee. Dah tak jual jubah secara arbitrari dah.Ni nak bisnes secara serius. Konon...HAHAHA. Malas cakap banyak, nak bagitau apa yang best pasal jubah jeans/ denim ni.

1. Fabrik lembut. Jangan la bayang jubah ni keras macam seluar jeans uols tu, nak buat jubah kena la carik fabrik yang sesuai kan.

2. Tak jarang dan tak panas. Ramai customer selalu tanya, panas tak jubah ni ? Seriusly takpanas. Aku bawak pergi mengajar..rilek je kehulur kehilir dalam kelas. Selesa je..inikan pulak kalau bawak ke office yang ada aircond lagi takdak hal la. 

3. Ade butang atau zip dekat dada. Very BF friendly :) BF tu breastfeed ok, bukan boyfriend! Jangan nak mencemar imej jubah iols please.HAHA.

4. Harga murah wey !!! Rm 70 termasuk postage. Mane nak dapat ? Tak caya sudah.

Sembang lebat tak guna. Nah tengok lah gambar jubah jubah ni. Kalau berkenan, pergi like page Gobok Cikgu Aida (klik) dan berurusanlah kita di sana. Stok terhad.Lekaihhhh. 










RM 70 INCLUDING POSTAGE

Tuesday, February 18, 2014

Yuhuuuuuuu.

Bismillah..

HAHAHAHAHA. Gelak dulu. Lama gila tak update blog. Nasib baik memang takde orang baca,jadi taklah rasa bajet bagus sangat. Alhamdulillah,Allah selamatkan aku dari rasa riak.HAHA.So, macam banyak cerita yang tercicir kan. Alamak,padahal dah tekadnakjadikanblog ni bahan rujukan anak anak pada masa depan gitew. Takpe, iols akn sedaya upaya kembali ke pangkal jalan lepas ni. Nak caerita mende wey? Nakcerita pasal kahwin kena tunggu gambar kahwin siap eh. So, sekarang kita blah,buat muka tak bersalah type 5 perenggan dan keluar. 

Sunday, October 13, 2013

:)

So, im at Johor again. Tahun ni sambut raya haji kat kampung. Lama gile tak raya kat Johor. Tapi raya haji mana lah meriah sangat pon. So, rasa macam balik kampung sesaje je. Aku dah settled VIVA yang aku gementarkan sangat tu. The feel was.. Aaaaahhhhh~~~~~. Allah permudahkan segalanya. Walaupun ada kesilapan teknikal, orang lain masa 10 minit je, kau sampai 13 minit tetap syukur. Orang lain kena soalan bertubi tubi iolz kena satu soalan je dari lecturer. HAHAHA. Sebab sebelum present aku dah dok gelak bergurau senda dengan pensyarah tu kat luar bilik presentation. Alhamdulillah. Berkat doa mak abah, adik beradik dan semua. Amin paling best. VIVA tu kena hari Jumaat, so kat sekolah kan biasa memang ustaz kena lead bacaan Yaasin pepagi Jumaat. Dia siap selitkan niat bacaan Yaasin untuk permudahkan urusan VIVA daku. Aigoo~~ saranghae oppa <3 font="">

Lagi 5 minggu nak habis belajar. Huwaaaaaaaa..sedih rupanya bila dah dekat. Dulu beria sangat nak habiskan 5 tahun setengah cecepat. Dah dekat nak habis rasa lain macam. Macam-macam jadi dalam masa 5 tahun. Banyak flash back tu yang sedih. waktu masuk maktab dulu plan macam ni macam ni, rupanya jadi macam tu macam tu. Paham dop ? maksudnya banyak yang berubah dalam masa 5 tahun. And im gonna miss my girlfriends. Yang betul betul true friends i mean. T_T






Gonna miss my girl :'(

p/s : nak tukar url blog :P

Sunday, September 29, 2013

Dup Dap Dup Dap

Ehek ehek..kiteww gementar !! Lagi empat hari nak hadap VIVA. Debar sangat, sangat, sangat ! VIVA ni sejenis benda kau kena goreng selama 10 minit dan dihentam oleh panel penilai selama 5 minit. So, what the hell nak debar sangat. Setakat 15 minit je bukan 15 hari pon. Aaaaaa..tapi debar jugak. Kawan aku tanya, nak akad nikah nanti debar macam ni  tak? Memang tak aaaa. Itu debar-debar bahagia, ini debar petaka. Lain weh, lain. Tapi debar tak debar pulun jugak tengok Runningman, shopping barang kenduri, gossip girl xoxo. Hat tu tetappppp pulun. Kecuali esok kiamat je baru aku berhenti buat benda tu semua. Huwaaaaa..nak sambung debar. 


sejenis muka berdebar yang masih boleh dibawa berbincang
Semoga Allah :
fasihkan lidah sewaktu pembentangan,
memberi kekuatan jasmani dan rohani,
memberi ketenangan jiwa,
Lembutkan hati penilai
dan bantu dunia akhirat.
Aminnnn



Sunday, September 22, 2013

This is a wrap. End of you and me.

Dua dua salah
Kau tak patut buat begitu
Aku tak patut buat begini
Kau dendam
Aku dendam

Wallahi, aku sayang kau
5 tahun punya persahabatan
aku bukan robot yang takde perasaan.
Cuma
Cukup sampai sini
Makin kita ada sesuatu makin kita sakit
Aku pergi
Aku ada semua
Kau pergi
Kau hilang semua
Kau fikir kenapa, kawan?
Aku tak ambil apa yang kau sangka aku ambil
Kau hasut semua lalu email
Kau nak aku tinggal sorang ?
Tapi Allah maha Adil, Kau tuduh aku ambil
Rupanyaaaaaa..hmmm
Sisa 2 bulan,
Kau hilang semua,
Cukup letak semua salah pada aku
Kali ni tolong redha.
Aku dan mereka, kami bahagia
Aku tau kau derita, tapi jalan kau pilih.

Kali ni aku memang tak boleh
Maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut
Maaf banyak kenangan buruk je mampu bagi untuk dikenang
Aku tak pernah sakit walau pedih mana ayat kau selama ni
Aku tak pernah sakit walau teruk mana kau tarik muka
Tapi, aku sakit bila tahu kena game 2 tahun.
Aku ingat kau kawan
Maksud aku kawan yang boleh jadi kawan
Bukan yang jadi penyampai
Padahal kau tahu dalam situasi apa aku ketika itu.

Aku dah redha sebab aku bahagia
Tapi aku terkilan tak dapat tamatkan kisah kita dengan elok
Tak dapat sama-sama kenang balik kenangan manis bila dah tua.
Aku terpaksa pisahkan hidup aku dengan kau
Sebab bagi aku, kalau macam ini punya benci kau pada aku,
baik aku pergi jauh.

Aku sayang kau. Kau pernah jadi yang terbaik dalam hidup aku
Tapi cukup lah
Semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah WRWA.

Friday, September 20, 2013

Family Short Vacay - Grand Lexis Port Dickson

Weh, lama tak update. Yihakkk...AR dah hantar, sekarang masa untuk preparation VIVA on 4th Oct. Lambat agi.Itew nak ilek lu aaa. Hikhik. So, weekend lepas buat apa bro? Iols ada short getaway with family. Weeee..kenapa entah family aku rajin bebenor merayap tahun ni. Saje la tu nak spend time dengan adik bongsu kesayangan yang dah nak kahwin T_T. So, kali ni kami pergi bercuti dekat dekat je sebab cuti tak lama kan. Kebetulan angah dapat voucher hotel kat Grand Lexis Port Dickson, so ayuhak berkulaan !


Masing-masing bergerak dari rumah. Aku, mak & abah bertolak dari rumah mak. Angah tunggu Along baru gerak. Kakteh dengan de gerak dari Johor. Angah sampai dulu so dia check in la dulu. Tapi sebenanye memang die kena sampai dulu pon. Hiksss. Kalau takde voucher ni, harga satu bilik dekat Grand Lexis ni iz RM 2400 semalam. Lepas gune voucher berapa ? Rahsia *senyumkeji* 

Memang dah plan, percutian kali ni santai-santai je. Tak nak keluar shopping ke hape. Nak duduk dalam bilik, gossip-mossip je. Bonding time gitew! Dah dapat masuk bilik memang WAAAAAAAAAAA....TAK NAK KELUAR! 




Ni kat bilik Along. Along tak duduk Grand Lexis, ni tak grand. Ni Lexis je. Tak payah nak grand tak grand sangat aida, berlagak sangat bunyik tu. Bezanya apa? Beza harga, bilik best gile jugak tapi takde private pool. So, waktu sampai pergi bilik along je sementara tunggu bilik lain Angah tengah uruskan. 

Lepas Angah call cakap bilik dah boleh masuk kitorang pon berjemaah la naik buggy ke bilik dekat Grand Lexis pulak. Jauh boleh tahan berkuah ketiak la jugak jadi kita kena naik buggy ye. 








Aaaaaa..meroyan aku nak honeymoon kat sini. T_T In Sha Allah akan usahakan. HAHAHA. Sebab best gile kot. Kau tak payah keluar bilik. Kitorang makan, borak, berendam, tidur, makan, borak, berendam, tidur. Tu je lah kejenye. HAHA. Esoknya, terjun pool dulu pagi-pagi, then siap-siap bertolak pulang. Pusing-pusing pantai PD nak carik tempat lunch tapi takde tempat menarik so terus ke Melaka. Dalam pukul 5 pm masing-masing gerak balik rumah. Very short time tapi yang penting bukan kuantiti masa. Kualiti masa untuk bersama keluarga tu yang utama. Miss them :')

Sunday, August 4, 2013

TRAGEDI BERDARAH, kekekeke.

2 Ogos 2013
Baca tajuk dan sila gelak guna intonasi pontianak.Untuk menambah angker dalam pembacaan entry kali ini. So, Assalammualaikum. Orang selalu kata, sekarang tengah darah manis jadi hati-hati lah anda dalam setiap perlakuan tingkah laku tutur kata. Tutur kata pon kena jaga ke woi?? Ye lah..tengah darah manis, kot-kot ada terlepas cakap, show off tak tentu hala then orang dengki kena santau acaner? Ngeh Ngeh. Aku tak pernah take it zerius. Fer me, itu macam cakap-cakap orang lama. Sehingga satu tragedi muncul dalam hidup ku. Tragedi yang cukup membuatkan aku sedar dan percaya, istilah DARAH MANIS TETAP TAK LOGIK. HAHAHAHA. Itu takdir lah..darah manis ke masam ke takde kena mengena.

Ok, setelah hampir 10 bulan memegang lesen memandu, 3 bulan memiliki kereta sendiri, aku akur dengan takdir, Allah bagi pengajaran terbaekkk. Aku accident. Secara naratifnya, nampak macam teruk tapi Alhamdulillah i am writting here now so it means everything fine. Syukur Syukur Syukur. Serik tak nak drive? mak aku tanya and i said no,i'm not. Pastu mak cakap "kire degil la kau ni.." Bahaha. Baharu tahu ke Cik Nor? Zeriuzzz..serik tu tak langsung. Lepas accident aku still drive kereta tu bawak pergi rumah mertua akak aku. Still bawak 80-90 km/h. Still potong lori. So, i iz not serik. Tapi rasa terpukul tu ada. Pelbagai KALAU muncul dalam hidup aku 

1. Kalau aku tak tunggu kawan-kawan, terus jalan je mesti aku tak kalut sebab aku dah aim, sembahyang zohor kat rumah je lah.So aku cadang nak gerak pukul 11.30 pagi tapi sebab tunggu sana sini jadi 12 30 baru gerak. Padahal sembahyang je lah kat mana-mana pon. Haihh
2. Kalau aku teruskan je jalan selepas tersalah jalan mesti tak accident.. Aku dah sampai Gemencheh dan salah jalan. Aku ikut jalan terus walhal aku sepatutnya belok kiri. Kalau aku terus je jalan pon ok, beza dalam 15 minit je. Tapi aku sanggup patah balik dan lalu jalan yang banyak selekoh tu. 
3. Kalau lah aku tak dapat elak tiang elektrik, mungkin keadaan lebih parah dan mungkin aku tak dapat menaip sekarang. Langgar tiang elektrik? Boleh bayang?? Aku bawak kelisa, bukan Murano. Kelisa langgar tiang elektrik = tin milo kena ketuk dengan lesung batu. 
4. Kalaulah waktu kereta terpusing ke kiri kanan tu, ada kenderaan lain laju dari arah bertentangan, apa jadi pada aku?? Aku memang tak boleh kawal kereta tu, tekan brek sekuat kaki tapi tak mampu buat apa-apa. Ya Allah..Allah lindung lagi : ')
5. Kalau lah kereta tercampak jauh sikittt je lagi kedepan, aku bukan masuk longkang tapi masuk GAUNG! Ya Allah..Ya Allah Ya Allah..terkejut gila aku bila polis cakap dengan aku " kak, nasib baik terbalik kat sini, kalau kat depan sikit dah gaung, kami pon susah nak tolong". Tak sampai satu meter wey..tak sampai satu meter dari gaung. Siapa lindung??? Allah! :( :( :(
6. Kalau lah polis bantuan tak lalu situ secara kebetulan, berapa lama aku dalam keadaan tertonggeng macam tu. Memang takde upaya nak keluar sendirik. Ya Allah. sebaik je aku terbalik, aku terus tengok cermin belakang dan kereta polis memang dah ada kat belakang aku. Siapa yang hantar penyelamat dalam masa satu saat tu? Allah :(
7. Kalau lah kemalangan tu melibatkan kenderaan lain, aku rasa aku tak akan setenang ni sekarang. Macam mana kalau ada nyawa yang melayang? Kalau bukan aku mungkin orang lain. Kerosakan kereta orang lain lagi? Dan macam mana kalau waktu tu aku ada kawan?? Apa aku nak jawab kat family dia?? Ya Allah..syukur aku sorang.

Banyak kalau ibarat orang tak redha. Tapi dalam hidup ni takde kalau. Apa yang jadi memang Allah tentukan. Dah tertulis. Dah nasib. Pengajaran buat aku, accident ni memang susah. Kalau kau hidup, kau kena habis duit untuk repair kereta, buat repor polis,leceh! Kalau kau mati, lagi kau susahkan orang. Ya Allah, semoga Allah lindung kita semua lepas ni. Serik tak. Tapi pengajaran cukup banyak. Aku kuat je sepanjang proses hadapi accident tu. Accident pukul 1.30 sampai rumah pukul 9 malam. Proses leceh.Aku harung. Tapi bila depan mak, aku menangis-nangis bercerita. baru timbul rasa takut, rasa sedih, rasa bersalah. Sebenarnya, sepanjang bercakap dengan mak aku terfikir, " Macam mana kalau aku tak sempat balik jumpa mak? macam mana kalau aku mati tadi ?" Sekian, hati-hati memandu. :)

p/s:  Sebelum drive atau waktu kereta baru bergerak,aku tak pernah lupa baca ayat Kursi. Walaupun tengah dengar kawan bercakap, mulut terkumat kamit baca jugak, tapi pada hari kejadian, memang aku terlupa sangat. Ampunkan aku Allah. :(



Sebelum bertolak. Lisa masih sihat :(


Monday, July 22, 2013

Wedding Preparation # 2- Barang Hantaran

So, seperti yang dirancang, weekend lepas aku dengan Yan balik Melaka sebab Sabtu & Ahad nak settlekan carik barang hantaran. Amin kena gagahkan diri datang Melaka dua hari berturut-turut.Demi cinta kita, pwomishh??? Hakkk tuih ! Haha, so hari sabtu, Amin sampai lewat sikit sebab dia ada sekolah ganti. Tapi lepas rehat dia mintak balik awal so sampai Melaka around 12.30 gitu. Dia parking kat Melaka Sentral, then naik satu kereta je ke Kuala Pilah. Buek apo jauh bona tu jang oi? Haaa.. ni lah nak cerita. Aku tak pasti kenapa Kuala Pilah ni terkenal dengan kedai emas yang murah. Adakah emas mereka tidak berkualiti atau adakah Kuala Pilah adalah lombong emas yang mashur semenjak zaman kejatuhan Belanda?? Entahhh..malas aku ambik pedulik. Yang penting kitorang beli emas dengan harga RM 128/g. Harga upah mahal sikit tapi setelah dihitung kira, harga tetap jauhhhhhhh lebih murah. So, gembira yippie yippie !

Muka ada sinyiummmm :)
Balik Melaka, sebab kitorang rasa boring giler bhai jalan Melaka-Kuala Pilah ni. Banyak selekoh pastu hutan je kiri kanan, so aku suggest ikut highway. Pandai kan aku? Pandai sangat sebab carik jalan jauh, berpusing tertonggeng semua so sampai Melaka dalam pukul 4.30. Yang si Amin dah bebel nak pergi Bazar Ramadhan. Tak paham aku nak pergi Bazar Ramadhan pukul 4.30? Nak buat hape entah. So, ku tentang! Kita pergi Jakel dulu ye brader. Carik kain buat baju nikah. Lepas raya boleh hantar tailor terus. So, kitorang masuk Jakel, pilih-pilih kain. Aku heran jugak sebab kain tak banyak choice pastu jenis tak sedap pakai je. Dok terpusing-pusing tu, datanglah staff Jakel, tanye nak carik kain nak buat kahwin ke? So, die suruh naik tingkat atas, ada bahagian untuk baju kahwin. Kat atas tu memang banyak gile la kain & lace nak buat kahwin, so akak kat atas tu sibuk tunjuk lace apa semua kat aku.  Aku terus cakap, saya nak beli kain je sebab baju nikah saya takde lace semua. HAHA. Mesti akak tu kesian kat aku, tapi takpe. Aku yang nak pakai kak oi. So, die tunjuk lah bahagian kain-kain ni. Aku pilih warne krim tak berapa krim, white tak berapa white, warna apakah iteww? Tunggu baju siap lah baru tunjuk. Mula-mula takuitt juga nak pergi Jakel sebab baca review orang beli kain kat Jakel RM 120/m lah, ada sampai cecah ribu-ribu untuk baju nikah je. T_T. Aku sedar diri so beli kain RM 45/m je. Beli 6 setengah meter. 4 setengah untuk Amin and 2m untuk aku buat baju. Kain tak payah sebab tak nak pakai kain. Barulah cekci T_T. So, settle baju nikah! Yeayyy !

So, lepas tu baru pergi Bazar Ramadhan, berbuka kat Tesco dan masing-masing pulang ke tempat asalmu. Amin tak balik Klang, dia balik rumah sewa kengkawan dia kat Nilai. So, esoknya hari Ahad senang lah nak datang.

So, hari Ahad tu cadangnya nak buat kad kahwin, tapi kedai tu tutup, so takpe. Lain kali aku buat. Yan tak ikut dah sebab penat. Penat kan? Tengok je dah penat. Yang haku lagi penat, penat mulut, penat hati,penat jiwa. HAHAHA.So, pepagi tu kami gi AEON. Beli barang kat hantaran kat AEON je you. Sedar diri awok tu student lagi, yang jantan tu baru kerja. Sedor yopp..sedor. T_T Haha, so mula-mula carik kemeja & seluar Amin. Bapak cerewetnyeeeee. Tersiksa jiwa iolsss. Aku dah gigil gigil tahan amarah dengan perangai dia. Apa aku tunjuk semua dia tak nak, last-last pilih dalam keterpaksaan. Padan muka ! Then, beli kasut untuk dua orang. Dah settle semua, survey perfume. Sebenarnya, aku tak pakai perfume sangat. Amin juga begitu. Jadi, masing-masing buta brand perfume apa yang best. Aku tau lah jugak beberapa brand yang femes tapi rase macam tak berbaloi pulak. Harga 300 + macam tu satu set, nak beli dua set dah 600+ kan? Pastu masing-masing tak pakai. Bazir kan?Ingat nak keluarkan terus dari list hantaran, tapi aku bagitau Amin ada promotion kat Body Shop sebab aku dah survey dulu dengan Yan. Mih mih mih. So, dia pun setuju. Beli 7 items and got 30% discount on each item. So, sangattt amattt penjimatan heybatttt! So, diorang siap gubah jadi free of charge sebab dah jadi members. Senang hati :)

Next, kitorang pergi Parkson carik handbag pulak. Sekejap je aku carik sebab dah aim. Ngeh Ngeh Ngeh. Dah bayar tu dapat pulak voucher rm 20. Pastu menggagau tak tau nak habiskan camne. Amin cakap nak beli kasut raya dia, so die belek-belek berkenan satu. Time nak bayar, aku dah terlepek penat gile kot. Die datang hulur tangan, aku ni blur gile, so aku hulur Bonus Link card. So, dia bayar. On the way turun tu boleh pulak dia cakap, kenapa tak bagi voucher tu? HAHAHA. Sorry you..itew blur sangat awww. So, bangang di situ. Dia ingat aku saje tak nak bagi. Pastu menggelupur balik nak beli hape habiskan voucher. Sayang benor kat voucher tu gayenye.So, die paksa aku beli kasut raya. Aku tak nak la..dalam Parkson tu harge kasut beratus kot.Koser sangat. So, Amin cakap dia bayar half. Half je???? Bahaha. Ok lah, deal. So, terguna juga voucher itewww. Eh, banyak nye taip. Penat ah. bye!



Wednesday, July 17, 2013

Wedding Prep # 1

Oh, bulan puasa tahun lepas ada update entry konon-konon tahun lepas last beraya sebagai bujang. Hek Hek Hek. Sekali koooo...tak jadi ! Malu tak ? Ha? Ha? Tak pon..takpe lah.Belum sampai jodoh. Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan postpone ke tahun ini. Ada hikmahnye :) In Sha Allah, lagi beberapa bulan je sebelum my very very BIG day. Perasaan tidaklah begitu excited. Biase saje. Belum masa untuk excited. Lagi beberapa jam sebelum nikah mungkin  baru aku akan lompat-lompat kesokaan.Setakat ni yang dah settle adalah :

1. Booking pelamin, baju sanding, hiasan bilik dan tempat makan beradab.
2. Photographer untuk belah lelaki & perempuan.
3. Make-up sebelah perempuan.
4. Catering
5. Baju adik beradik

Power tak power baru tu je settle? Itupon photographer tu kawan De, mak andam kawan Kakteh.Sebab tu senang deal. Bahaha. In Sha Allah bulan ni aku baru start pulun. Jangan risau. Aku ni memang suke last-minute.Bukan setakat buat assignment, hal-hal lain turut ku last minutekan. Sebab aku rase, aku jenis tak cerewet.Pecaye lah..haha. Serius la..aku tak cerewet ok. Lagipon aku memang nak wedding yang simple je. Baju sanding pon simple,baju nikah pon simple. Tudung apatah lagi, i nak pakai syria je uolssss. Sebab i iz geli tengok kerawang-kerawang bagai.Walaupun ada yang bising cakap nanti tak nampak macam pengantin lah ape lah,takpe. Siapa rase dia lagi cantik dari aku pada hari kenduri tu, sila datang,makan,bagi hadiah lepas tu balik terus ok. Tak payah lame-lame sangat kat kenduri aku.HAHAHA. Keji. But, seriuzly, aku renyah sangat tengok baju pengantin. Ada la 2 3 kedai yang aku survey, kebanyakannye memang semak mata memandang. Sekarang ni pulak trend tudung nikah/sanding yang macam berkerawang gile kat bahagian dahi tu. Omaigod T_T Aku nak google kang takut orang kecik hati pulak. Takpe, taste masing-masing.Hihi.



Haa, aku suke yang macam ni lah, sempoi,tak sarat. Lepas tu pakai veil. Lepas majlis, still boleh pakai lagi. So practical !Setakat ni design baju nikah aku pon amatlah simple sebab memang niat nak pakai lagi lepas nikah. Kalau dah sarat dengan beads, lace semua tu nak bawak pergi mana lepas tu? Aku ni dah lah kerja biasa je, bukan kena pergi dinner ke gi majlis-majlis VIP bagai khenn. Inner neck macam kat gambar ni pon aku dah tempah kat kawan De jugak. Tapi akak tu macam dalam dilemma sebab aku mintak warna yang susah nak carik. Bahaha.Takpe, kalau die tak boleh buat nanti kite menangis same-same eh. Kalau ikut Amin, dia suruh aku pakai tudung bawal je. Ok je, ramai jugak orang pakai tudung bawal time kahwin, tapi tudung bawal tu tak suke aku. Kalau aku pakai tudung bawal, sejam pertama je ok, lepas tu jadi jahanam. Baik aku lupakan daripada aku badmood di hari perkahwinan. Kang aku tension terus tanggal tudung, acaner?

Banyak lagi nak cerita, tapi sebab preparation tak seberapa lagi kite bertahan dulu. Saje nak cerita preparation wedding sebab nanti dah 10 11 tahun kahwin boleh baca balik. Mane tau time tu tengah meroy dengan suami mungkin boleh sejuk hati balik baca cerita preparation kawin. Gitu. Ok, minggu ni plan nak carik sikit barang kawin. Exciteddd! :P