2 Ogos 2013 |
Baca tajuk dan sila gelak guna intonasi pontianak.Untuk menambah angker dalam pembacaan entry kali ini. So, Assalammualaikum. Orang selalu kata, sekarang tengah darah manis jadi hati-hati lah anda dalam setiap perlakuan tingkah laku tutur kata. Tutur kata pon kena jaga ke woi?? Ye lah..tengah darah manis, kot-kot ada terlepas cakap, show off tak tentu hala then orang dengki kena santau acaner? Ngeh Ngeh. Aku tak pernah take it zerius. Fer me, itu macam cakap-cakap orang lama. Sehingga satu tragedi muncul dalam hidup ku. Tragedi yang cukup membuatkan aku sedar dan percaya, istilah DARAH MANIS TETAP TAK LOGIK. HAHAHAHA. Itu takdir lah..darah manis ke masam ke takde kena mengena.
Ok, setelah hampir 10 bulan memegang lesen memandu, 3 bulan memiliki kereta sendiri, aku akur dengan takdir, Allah bagi pengajaran terbaekkk. Aku accident. Secara naratifnya, nampak macam teruk tapi Alhamdulillah i am writting here now so it means everything fine. Syukur Syukur Syukur. Serik tak nak drive? mak aku tanya and i said no,i'm not. Pastu mak cakap "kire degil la kau ni.." Bahaha. Baharu tahu ke Cik Nor? Zeriuzzz..serik tu tak langsung. Lepas accident aku still drive kereta tu bawak pergi rumah mertua akak aku. Still bawak 80-90 km/h. Still potong lori. So, i iz not serik. Tapi rasa terpukul tu ada. Pelbagai KALAU muncul dalam hidup aku
1. Kalau aku tak tunggu kawan-kawan, terus jalan je mesti aku tak kalut sebab aku dah aim, sembahyang zohor kat rumah je lah.So aku cadang nak gerak pukul 11.30 pagi tapi sebab tunggu sana sini jadi 12 30 baru gerak. Padahal sembahyang je lah kat mana-mana pon. Haihh
2. Kalau aku teruskan je jalan selepas tersalah jalan mesti tak accident.. Aku dah sampai Gemencheh dan salah jalan. Aku ikut jalan terus walhal aku sepatutnya belok kiri. Kalau aku terus je jalan pon ok, beza dalam 15 minit je. Tapi aku sanggup patah balik dan lalu jalan yang banyak selekoh tu.
3. Kalau lah aku tak dapat elak tiang elektrik, mungkin keadaan lebih parah dan mungkin aku tak dapat menaip sekarang. Langgar tiang elektrik? Boleh bayang?? Aku bawak kelisa, bukan Murano. Kelisa langgar tiang elektrik = tin milo kena ketuk dengan lesung batu.
4. Kalaulah waktu kereta terpusing ke kiri kanan tu, ada kenderaan lain laju dari arah bertentangan, apa jadi pada aku?? Aku memang tak boleh kawal kereta tu, tekan brek sekuat kaki tapi tak mampu buat apa-apa. Ya Allah..Allah lindung lagi : ')
5. Kalau lah kereta tercampak jauh sikittt je lagi kedepan, aku bukan masuk longkang tapi masuk GAUNG! Ya Allah..Ya Allah Ya Allah..terkejut gila aku bila polis cakap dengan aku " kak, nasib baik terbalik kat sini, kalau kat depan sikit dah gaung, kami pon susah nak tolong". Tak sampai satu meter wey..tak sampai satu meter dari gaung. Siapa lindung??? Allah! :( :( :(
6. Kalau lah polis bantuan tak lalu situ secara kebetulan, berapa lama aku dalam keadaan tertonggeng macam tu. Memang takde upaya nak keluar sendirik. Ya Allah. sebaik je aku terbalik, aku terus tengok cermin belakang dan kereta polis memang dah ada kat belakang aku. Siapa yang hantar penyelamat dalam masa satu saat tu? Allah :(
7. Kalau lah kemalangan tu melibatkan kenderaan lain, aku rasa aku tak akan setenang ni sekarang. Macam mana kalau ada nyawa yang melayang? Kalau bukan aku mungkin orang lain. Kerosakan kereta orang lain lagi? Dan macam mana kalau waktu tu aku ada kawan?? Apa aku nak jawab kat family dia?? Ya Allah..syukur aku sorang.
Banyak kalau ibarat orang tak redha. Tapi dalam hidup ni takde kalau. Apa yang jadi memang Allah tentukan. Dah tertulis. Dah nasib. Pengajaran buat aku, accident ni memang susah. Kalau kau hidup, kau kena habis duit untuk repair kereta, buat repor polis,leceh! Kalau kau mati, lagi kau susahkan orang. Ya Allah, semoga Allah lindung kita semua lepas ni. Serik tak. Tapi pengajaran cukup banyak. Aku kuat je sepanjang proses hadapi accident tu. Accident pukul 1.30 sampai rumah pukul 9 malam. Proses leceh.Aku harung. Tapi bila depan mak, aku menangis-nangis bercerita. baru timbul rasa takut, rasa sedih, rasa bersalah. Sebenarnya, sepanjang bercakap dengan mak aku terfikir, " Macam mana kalau aku tak sempat balik jumpa mak? macam mana kalau aku mati tadi ?" Sekian, hati-hati memandu. :)
p/s: Sebelum drive atau waktu kereta baru bergerak,aku tak pernah lupa baca ayat Kursi. Walaupun tengah dengar kawan bercakap, mulut terkumat kamit baca jugak, tapi pada hari kejadian, memang aku terlupa sangat. Ampunkan aku Allah. :(
Sebelum bertolak. Lisa masih sihat :( |
No comments:
Post a Comment