Monday, July 22, 2013

Wedding Preparation # 2- Barang Hantaran

So, seperti yang dirancang, weekend lepas aku dengan Yan balik Melaka sebab Sabtu & Ahad nak settlekan carik barang hantaran. Amin kena gagahkan diri datang Melaka dua hari berturut-turut.Demi cinta kita, pwomishh??? Hakkk tuih ! Haha, so hari sabtu, Amin sampai lewat sikit sebab dia ada sekolah ganti. Tapi lepas rehat dia mintak balik awal so sampai Melaka around 12.30 gitu. Dia parking kat Melaka Sentral, then naik satu kereta je ke Kuala Pilah. Buek apo jauh bona tu jang oi? Haaa.. ni lah nak cerita. Aku tak pasti kenapa Kuala Pilah ni terkenal dengan kedai emas yang murah. Adakah emas mereka tidak berkualiti atau adakah Kuala Pilah adalah lombong emas yang mashur semenjak zaman kejatuhan Belanda?? Entahhh..malas aku ambik pedulik. Yang penting kitorang beli emas dengan harga RM 128/g. Harga upah mahal sikit tapi setelah dihitung kira, harga tetap jauhhhhhhh lebih murah. So, gembira yippie yippie !

Muka ada sinyiummmm :)
Balik Melaka, sebab kitorang rasa boring giler bhai jalan Melaka-Kuala Pilah ni. Banyak selekoh pastu hutan je kiri kanan, so aku suggest ikut highway. Pandai kan aku? Pandai sangat sebab carik jalan jauh, berpusing tertonggeng semua so sampai Melaka dalam pukul 4.30. Yang si Amin dah bebel nak pergi Bazar Ramadhan. Tak paham aku nak pergi Bazar Ramadhan pukul 4.30? Nak buat hape entah. So, ku tentang! Kita pergi Jakel dulu ye brader. Carik kain buat baju nikah. Lepas raya boleh hantar tailor terus. So, kitorang masuk Jakel, pilih-pilih kain. Aku heran jugak sebab kain tak banyak choice pastu jenis tak sedap pakai je. Dok terpusing-pusing tu, datanglah staff Jakel, tanye nak carik kain nak buat kahwin ke? So, die suruh naik tingkat atas, ada bahagian untuk baju kahwin. Kat atas tu memang banyak gile la kain & lace nak buat kahwin, so akak kat atas tu sibuk tunjuk lace apa semua kat aku.  Aku terus cakap, saya nak beli kain je sebab baju nikah saya takde lace semua. HAHA. Mesti akak tu kesian kat aku, tapi takpe. Aku yang nak pakai kak oi. So, die tunjuk lah bahagian kain-kain ni. Aku pilih warne krim tak berapa krim, white tak berapa white, warna apakah iteww? Tunggu baju siap lah baru tunjuk. Mula-mula takuitt juga nak pergi Jakel sebab baca review orang beli kain kat Jakel RM 120/m lah, ada sampai cecah ribu-ribu untuk baju nikah je. T_T. Aku sedar diri so beli kain RM 45/m je. Beli 6 setengah meter. 4 setengah untuk Amin and 2m untuk aku buat baju. Kain tak payah sebab tak nak pakai kain. Barulah cekci T_T. So, settle baju nikah! Yeayyy !

So, lepas tu baru pergi Bazar Ramadhan, berbuka kat Tesco dan masing-masing pulang ke tempat asalmu. Amin tak balik Klang, dia balik rumah sewa kengkawan dia kat Nilai. So, esoknya hari Ahad senang lah nak datang.

So, hari Ahad tu cadangnya nak buat kad kahwin, tapi kedai tu tutup, so takpe. Lain kali aku buat. Yan tak ikut dah sebab penat. Penat kan? Tengok je dah penat. Yang haku lagi penat, penat mulut, penat hati,penat jiwa. HAHAHA.So, pepagi tu kami gi AEON. Beli barang kat hantaran kat AEON je you. Sedar diri awok tu student lagi, yang jantan tu baru kerja. Sedor yopp..sedor. T_T Haha, so mula-mula carik kemeja & seluar Amin. Bapak cerewetnyeeeee. Tersiksa jiwa iolsss. Aku dah gigil gigil tahan amarah dengan perangai dia. Apa aku tunjuk semua dia tak nak, last-last pilih dalam keterpaksaan. Padan muka ! Then, beli kasut untuk dua orang. Dah settle semua, survey perfume. Sebenarnya, aku tak pakai perfume sangat. Amin juga begitu. Jadi, masing-masing buta brand perfume apa yang best. Aku tau lah jugak beberapa brand yang femes tapi rase macam tak berbaloi pulak. Harga 300 + macam tu satu set, nak beli dua set dah 600+ kan? Pastu masing-masing tak pakai. Bazir kan?Ingat nak keluarkan terus dari list hantaran, tapi aku bagitau Amin ada promotion kat Body Shop sebab aku dah survey dulu dengan Yan. Mih mih mih. So, dia pun setuju. Beli 7 items and got 30% discount on each item. So, sangattt amattt penjimatan heybatttt! So, diorang siap gubah jadi free of charge sebab dah jadi members. Senang hati :)

Next, kitorang pergi Parkson carik handbag pulak. Sekejap je aku carik sebab dah aim. Ngeh Ngeh Ngeh. Dah bayar tu dapat pulak voucher rm 20. Pastu menggagau tak tau nak habiskan camne. Amin cakap nak beli kasut raya dia, so die belek-belek berkenan satu. Time nak bayar, aku dah terlepek penat gile kot. Die datang hulur tangan, aku ni blur gile, so aku hulur Bonus Link card. So, dia bayar. On the way turun tu boleh pulak dia cakap, kenapa tak bagi voucher tu? HAHAHA. Sorry you..itew blur sangat awww. So, bangang di situ. Dia ingat aku saje tak nak bagi. Pastu menggelupur balik nak beli hape habiskan voucher. Sayang benor kat voucher tu gayenye.So, die paksa aku beli kasut raya. Aku tak nak la..dalam Parkson tu harge kasut beratus kot.Koser sangat. So, Amin cakap dia bayar half. Half je???? Bahaha. Ok lah, deal. So, terguna juga voucher itewww. Eh, banyak nye taip. Penat ah. bye!



1 comment:

  1. It is good to set everything for your wedding day.

    ReplyDelete