Oh, bulan puasa tahun lepas ada update entry konon-konon tahun lepas last beraya sebagai bujang. Hek Hek Hek. Sekali koooo...tak jadi ! Malu tak ? Ha? Ha? Tak pon..takpe lah.Belum sampai jodoh. Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan postpone ke tahun ini. Ada hikmahnye :) In Sha Allah, lagi beberapa bulan je sebelum my very very BIG day. Perasaan tidaklah begitu excited. Biase saje. Belum masa untuk excited. Lagi beberapa jam sebelum nikah mungkin baru aku akan lompat-lompat kesokaan.Setakat ni yang dah settle adalah :
1. Booking pelamin, baju sanding, hiasan bilik dan tempat makan beradab.
2. Photographer untuk belah lelaki & perempuan.
3. Make-up sebelah perempuan.
4. Catering
5. Baju adik beradik
Power tak power baru tu je settle? Itupon photographer tu kawan De, mak andam kawan Kakteh.Sebab tu senang deal. Bahaha. In Sha Allah bulan ni aku baru start pulun. Jangan risau. Aku ni memang suke last-minute.Bukan setakat buat assignment, hal-hal lain turut ku last minutekan. Sebab aku rase, aku jenis tak cerewet.Pecaye lah..haha. Serius la..aku tak cerewet ok. Lagipon aku memang nak wedding yang simple je. Baju sanding pon simple,baju nikah pon simple. Tudung apatah lagi, i nak pakai syria je uolssss. Sebab i iz geli tengok kerawang-kerawang bagai.Walaupun ada yang bising cakap nanti tak nampak macam pengantin lah ape lah,takpe. Siapa rase dia lagi cantik dari aku pada hari kenduri tu, sila datang,makan,bagi hadiah lepas tu balik terus ok. Tak payah lame-lame sangat kat kenduri aku.HAHAHA. Keji. But, seriuzly, aku renyah sangat tengok baju pengantin. Ada la 2 3 kedai yang aku survey, kebanyakannye memang semak mata memandang. Sekarang ni pulak trend tudung nikah/sanding yang macam berkerawang gile kat bahagian dahi tu. Omaigod T_T Aku nak google kang takut orang kecik hati pulak. Takpe, taste masing-masing.Hihi.
Haa, aku suke yang macam ni lah, sempoi,tak sarat. Lepas tu pakai veil. Lepas majlis, still boleh pakai lagi. So practical !Setakat ni design baju nikah aku pon amatlah simple sebab memang niat nak pakai lagi lepas nikah. Kalau dah sarat dengan beads, lace semua tu nak bawak pergi mana lepas tu? Aku ni dah lah kerja biasa je, bukan kena pergi dinner ke gi majlis-majlis VIP bagai khenn. Inner neck macam kat gambar ni pon aku dah tempah kat kawan De jugak. Tapi akak tu macam dalam dilemma sebab aku mintak warna yang susah nak carik. Bahaha.Takpe, kalau die tak boleh buat nanti kite menangis same-same eh. Kalau ikut Amin, dia suruh aku pakai tudung bawal je. Ok je, ramai jugak orang pakai tudung bawal time kahwin, tapi tudung bawal tu tak suke aku. Kalau aku pakai tudung bawal, sejam pertama je ok, lepas tu jadi jahanam. Baik aku lupakan daripada aku badmood di hari perkahwinan. Kang aku tension terus tanggal tudung, acaner?
Banyak lagi nak cerita, tapi sebab preparation tak seberapa lagi kite bertahan dulu. Saje nak cerita preparation wedding sebab nanti dah 10 11 tahun kahwin boleh baca balik. Mane tau time tu tengah meroy dengan suami mungkin boleh sejuk hati balik baca cerita preparation kawin. Gitu. Ok, minggu ni plan nak carik sikit barang kawin. Exciteddd! :P
No comments:
Post a Comment