Friday, September 20, 2013

Family Short Vacay - Grand Lexis Port Dickson

Weh, lama tak update. Yihakkk...AR dah hantar, sekarang masa untuk preparation VIVA on 4th Oct. Lambat agi.Itew nak ilek lu aaa. Hikhik. So, weekend lepas buat apa bro? Iols ada short getaway with family. Weeee..kenapa entah family aku rajin bebenor merayap tahun ni. Saje la tu nak spend time dengan adik bongsu kesayangan yang dah nak kahwin T_T. So, kali ni kami pergi bercuti dekat dekat je sebab cuti tak lama kan. Kebetulan angah dapat voucher hotel kat Grand Lexis Port Dickson, so ayuhak berkulaan !


Masing-masing bergerak dari rumah. Aku, mak & abah bertolak dari rumah mak. Angah tunggu Along baru gerak. Kakteh dengan de gerak dari Johor. Angah sampai dulu so dia check in la dulu. Tapi sebenanye memang die kena sampai dulu pon. Hiksss. Kalau takde voucher ni, harga satu bilik dekat Grand Lexis ni iz RM 2400 semalam. Lepas gune voucher berapa ? Rahsia *senyumkeji* 

Memang dah plan, percutian kali ni santai-santai je. Tak nak keluar shopping ke hape. Nak duduk dalam bilik, gossip-mossip je. Bonding time gitew! Dah dapat masuk bilik memang WAAAAAAAAAAA....TAK NAK KELUAR! 




Ni kat bilik Along. Along tak duduk Grand Lexis, ni tak grand. Ni Lexis je. Tak payah nak grand tak grand sangat aida, berlagak sangat bunyik tu. Bezanya apa? Beza harga, bilik best gile jugak tapi takde private pool. So, waktu sampai pergi bilik along je sementara tunggu bilik lain Angah tengah uruskan. 

Lepas Angah call cakap bilik dah boleh masuk kitorang pon berjemaah la naik buggy ke bilik dekat Grand Lexis pulak. Jauh boleh tahan berkuah ketiak la jugak jadi kita kena naik buggy ye. 








Aaaaaa..meroyan aku nak honeymoon kat sini. T_T In Sha Allah akan usahakan. HAHAHA. Sebab best gile kot. Kau tak payah keluar bilik. Kitorang makan, borak, berendam, tidur, makan, borak, berendam, tidur. Tu je lah kejenye. HAHA. Esoknya, terjun pool dulu pagi-pagi, then siap-siap bertolak pulang. Pusing-pusing pantai PD nak carik tempat lunch tapi takde tempat menarik so terus ke Melaka. Dalam pukul 5 pm masing-masing gerak balik rumah. Very short time tapi yang penting bukan kuantiti masa. Kualiti masa untuk bersama keluarga tu yang utama. Miss them :')

1 comment:

  1. beznye santai2 ngn family..diorg saje je tu nk spend mase lebih sikit sebelum miss kawen..ngehhh..semoga berbahagia selalu..

    ReplyDelete