Tuesday, April 16, 2013

Life.

Selain daripada sentiasa memikirkan masalah sendiri sahaja, mari kita fikir tentang masalah orang juga. Jadi kita akan lebih bersyukur. Zeriusss. Kalau sentiasa rasa hidup kita tak best, yakinlah ada hidup orang lain yang lebih tak best. Aku ada sorang kawan. Erk, aku anggap kawan lah kan. Tapi dia lebih tua. Dah kahwin dah. 3 bulan selepas dia kahwin, dia and her husband accident waktu on the way nak balik kampung berhari raya. Accident teruk. 3 kenderaan terlibat, 2 maut tapi Alhamdulillah dia & her husband selamat. Selamat dari maut tapi rupanya banyak lagi ujian Allah bagi. Suami dia masih belum sihat sepenuhnya sampai sekarang sebab suaminya cedera parah. 4 Hari kat ICU dan berbulan-bulan terlantar. Dan sampai sekarang, suami dia tak boleh bercakap dengan sempurna, tak boleh buat aktiviti seperti dulu-dulu, dan yang paling sedih suami dia semakin lama semakin kurang ingatan. Waktu kawan aku bercerita, dia sebak. Jarang nampak dia sedih tapi hari tu dia betul sedih. Aku pon sebak terutama bila dia cerita suami dia pernah cakap " Abang takut abang akan lupa nama sayang". Kesian sangat. Dan sampai sekarang diorang takde anak lagi. Belum rezeki tapi aku yakin nanti mesti ada. Aku harap sangat. Tolonglah ya Allah. Tolonglah mereka. Tapi tajuk  takde kena mengena dengan cerita  ni. Jalan hidup semua orang ikut takdir masing-masing lah. Kalau diuji,reda! Bukan hak kita nak mintak hidup kita jadi begitu jadi begini.

Macam-macam ujian Allah kan. Kadang-kadang sekelip mata je Allah tarik. Kalau tak sabar, takde iman..memang tak boleh hidup dah. Ada blog-blog yang selalu cerita pasal life diorang yang diuji dengan macam-macam ujian. Kehilangan orang tersayang, sakit and macam-macam.Aku suka baca ,bukan suka sebab tengok kesedihan orang! Gile koo..aku tak lah keji sangat. Suka baca sebab lepas baca dapat motivasi diri.Terus rasa bersyukur dengan apa yang ada. :) Dulu selalu berangan nak hidup yang mewah, best dan hot saje. tapi sekarang tak nak lah. Nak mintak hidup sederhana je. Cukup makan, cukup pakai, sihat. Bahagia. Biasa-biasa je. Cukup dah.

No comments:

Post a Comment