Saturday, April 13, 2013

Sepanjang 3 bulan duduk rumah sewa, ini adalah weekend kedua aku kat rumah sewa. Weekend lain kemana daku? Entah..tak perasan. Hahaha. Selalu balik rumah lah kot. Time flies~~~ minggu depan dah balik semula tempat belajar. Habis praktikum dah. Ahhhhhh..lega lega tapi sedih jugak sebab ermmm..entah lah ermmm....eh, lempang kang!

So, hari ni boleh bangun lambat. Hari-hari lain aku bangun pukul 5.40 tau tak. Sedih tau sebab sebagai anak manja aku tak bangun awal macam ni. Kalau kat hostel aku bangun 6.30. Kalau kat rumah aku bangun bila mak dah tiba di muka pintu. Jadi bangun pukul 5.40 pagi setiap hari is very the not me. So, tadi bangun dalam pukul 10. Ngeh3...bagi chance lah kepada tubuh badan yang semakin mendebab ini. Siap-siap semua dalam pukul 11 gerak ke Melaka. Nak hantar sikit-sikit lah barang ke hostel. Minggu depan tak payah lah bergaduh sangat mengangkat barang sekali shoot je kan. 

Lepas hantar barang kat hostel, perut menggelegak kelaparan. Ni saat paling tak suke. Begaduh dengan Yan nak makan kat mana. Tiap-tiap kali nak makan kena berperang dulu dengan minah ni. Bukan bergaduh nak ikut tekak sapa, bergaduh sebab dua-dua tak tau nak makan kat mana. Tampo kang. Tapinye membebel kelaparan lepas tu tak tau nak makan mana. So, lepas tu decide makan dengan Nasi Beriani Power, Tesco Melaka. Haaaaa..tak sedap pon. Terima kasih je lah. Tak datang dah pasni.

Alang-alang dah sampai Tesco beli sekali hadiah untuk sekolah dengan guru pembimbing. Bagi tupperware satu set. Dalam tu ada 11 tupperware pelbagai saiz. OK la tuuu. Sebab guru pembimbing aku pernah cakap dia suka benda-benda macam tu, boleh guna untuk family. Orang dah berkeluarga gitu lah pemikirannya. Kalau aku, aku suka dapat kain ke tudung ke emas permata ke. Eh?

Lepas tu teringat pulak ada sekeping lagi baucer buku belum guna. Jadi, masuk Popular cari apa-apa yang patut. So, teringat kak Aini Nurbaya, blogger Mawarnafastari tuu. Blog die memang sangat amat best. Sebab jalan hidup dia yang AllahuAkbar! Kuat betul semangat akak ni. Dia ada bukukan blog arwah husband. So, aku carik lah buku tu dan jumpa!!! Terus ambik. Lagi satu buku motivasi jugak. Oleh sebab baucer tu kena guna Rm 40 untuk buku dan Rm 10 untuk stationery. So, aku rembat pen 80 sen sepuluh batang dengan pensil pilot. Settle! Tahun depan tak dapat dah baucer buku. So sad. Baucer yang lagi 200 tu  kena beli buku kajian tindakan and aku buat beli External Hardisk. 

Buku sebelah kiri tu yang terpaling best :)
After settle semua gerak balik ke rumah sewa. Tapi aktiviti wajib adalah beli Coconut Chake dekat Batu Berendam. Oh Myyyy, weekend is tak best. Orang beratur panjanggggg gile macam ape dah. Tapi gigih beratur juga sebab coconut shake mereka sedap gila. Orang kata Klebang lagi sedap tapi aku tak suke sebab Klebang mahal sikit and and biase je rasenye. Batu Berendam lagi best. Kena beratur panjang pon takpe sebab semua orang suka tengok aksi pembelah kelapa kat sini. Kagum gile aku. Aku siap record masa lagi ok . Die boleh belah 4 -5 biji kelapa dalam masa 60 saat. Aku takde keek, kalau tak dah rekod and upload tadi.

Kagum.Kagum
Sekian, laporan dari bernama Rohaidah Jamal :)

No comments:

Post a Comment