Tuesday, June 19, 2012

Macam ni cerita die...

Hari Ahad 3 minggu lepas bersamaan 27/5/2012, sekumpulan agen perisik telah datang ke rumah saya. Kumpulan itu terdiri daripada seorang bapa, seorang ibu dan seorang anak lelaki yang tak hensem di mata orang tapi hensemnyeeeeeeee di mata daku. Ceaaaaaaa. Tujuan mereka  datang adalah untuk merisik kerana mereka adalah perisik. :)

Biar saya kronologikan (?) kisah perisikan ini *lagu James Bond berkumandang*

Waktu agen perisik sampai kat rumah, cuba teka aku di mana? Ok, pandai! Aku dekat driving school tengah tuisyen sebab hari tu kan dah fail test JPJ jadi kene belajar semula buat parking untuk repeat paper (??). ehem. Jangan bukak cerita sedih dalam entry gembira please.

Jadi, bila aku sampai di rumah, terus tersipu-sipu dan buat-buat peramah dengan kanak-kanak yang ada di dalam rumah. Omomomo, omeynyeewww anak shape ni buat shepah tat umah kiteeee,shepak nakkkk??ngeeeee. Waktu tu dah nak dekat Maghrib jadi aku tak boleh berlakon lama sangat, karang apa pula kata tetamu tengok anak dara balik senja dan tak reti-reti mandi, detik hatiku. Waktu aku mandi aku dengar la orang kat luar kecoh -kecoh nak sembahyang jemaah ape semua. Aku wat derkk je lah macam so what bukan aku kena jadi imam ponnnnn dan terus mandi dengan damai. Rupe-rupenye keluar toilet semua tengah tunggu kite nak sembahyang sama-sama..huehuehue, tersipu-sipu pakai telekong tau, tak sempat pakai maskara la time tu berdebar sangat kene jerkah dengan mak aku yang bersuara seperti Ning baizura .

Pastu, sebab mak aku gangster terus keluarkan arahan suruh Dak Brader jadi imam. Hewhewhew. Sape suruh kau datang merisik, kan dah kena audition imam muda terus. Tapi die steady je, tak gelabah langsung. Tarannum, tajwid apa semua memang umpphhhh! Ceaaaaaaa, puji melambung padahal kalau dia salah baca pon macam kau tahu. Boooo~~ Dah siap doa-doa semua bermulalah perbincangan. Kitewwww malu doh. Malu gileeeee, percayalah cakap aku. Ye, aku tahu aku jenis tak tau malu tapi pada saat dan ketika itu aku adalah malu semalu malunya sambil nyanyi lagu SPOON kata ko. Nasib baik ada geng nak gelak-gelak kecil iaitu kakak aku yang dalam pantang tu haaa.Kalau tak, di mana inginku lampiaskan perasaan malu bercampur nak gelak macam Mak Lampir itu????

Dah siap-siap bincang, menyarung cincin di jari manisku, wah gitu! dan bacaan doa selamat oleh Dak Brader , kami pon pergi makan malam dengan hati yang gembira lalalala. Selepas makan aku terus buat-buat tak kenal  Dak Brader. Begitulah kami adanya. Depan family macam musuh sangat gayenye padahallllllllllllllllll......OK, settle merisik. The end. Tapi sebelum tu layan lah gambar yang kurang kualiti kerana photogrpher adalah perempuan dalam pantang, dia nak ambikkan gambar pon dah kira bersyukur.









Maka, terjawablah persoalan mengapa aku memakai telekung dalam majlis ini. Elok aku pakai telekung weh, kalau aku pakai seluar track dengan tshirt je?? Haaa..IPPM sangat kan ? T__T

3 comments:

  1. congrate dear... xsbar nk tggu episod strusnyer... hihi.. -sya-

    ReplyDelete
  2. ku pinang mu dengan bismillah :)

    ReplyDelete
  3. mekaseh kawan2 yang ohsemmmm.Doakan episod seterusnye bahagia hingga ke ending ye :)

    ReplyDelete