Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Kareem :)

Alhamdulillah dah 6 hari bulan Ramadhan berlalu. Maksudnye lagi 23 hari nak raya. Yeayyy! T_T Ciskek, dah kira raya.Haha. Bulan Ramadhan tahun ni aku sambut dengan kawan-kawan rumah sewa terdiri daripada Dak Yan, Dak Tikah dan Mek Syu. Semua bagus, rajin memasak dan mempunyai ciri-ciri menantu pilihan.Cemerlang pada minggu pertama, minggu kedua belum tentu.Hew hew. Tahun ni aku berpuasa dekat rumah sewa sebb tengah berpraktikum dekat sekolah area Alor Gajah ni. Sekolah ape? R.A.H.A.S.I.A. mane boleh bagitau. japgi aku nak kutuk-kutuk terbaca dek Guru Besau camne? Hik Hik. Mane ade kutuk laaa..bulan puase tak baik kutuk-kutuk.Berdosa kan? Bulan tak puase pon berdosa gak doh!

Setakat hari ni sahur tak miss lagi tapi sedih lah sahur kat rumah sewa. Semua kena buat sendirik. Kena bangun, buat air, carik makanan. Kalau kat rumah bangun-bangun, cuci muka terus makan. Wuaaaaaa. aku kan anak manje jadi memang tak biasa tau buat pekerjaan macam tu. Ceaaaa. manje sangat.Lepas tu pergi sekolah pung pang pung pang. Bunyi sound effect nak pung pang pung pang macam keje ko banyak sangat khennn. Biasa lah aku propa. Tapi mengajar memang penat ok. Kene kerit-jerit, kene bercakap sejam dua. Kering tekak iolsss. Balik sekolah haruslah terbongkang sampai Asar. Time ni siapa telefon memang nak kena maki tapi maki dalam hati je. Angkat telefon cakap lemah lembut jugak. Biasalah Rohaidah Jamal. Kekekeke. Lepas bangun baru fikir nak masak ke nak beli ke mengikut tahap kerajinan ahli lembaga jemaah. 

Setakat ni terawikh kami satu rumah tak pergi surau pon. Buat sendirik je kat rumah kalau rajin. Takpelah, amalan sunat kan. Bagus kalau dapat buat berjemaah tapi sendirian pon takpe. Yang wajib pon terkontang kanting lagi, sembahyang wajib pon selalu lewat T_T. Jadi, kita sempurnakan yang wajib dulu jom! :) Tengah praktikum ni biasalah kerja sangattttt banyak. Malas sangat nak buat sebab penat puasa siang, malam rasa nak tidur je. Tak produktif langsung hidup aku. Tiba-tiba rasa perguruan bukan bidangku. Ceaaaa. Sekarang baru nak rasa. Cuba time dapat gaji separuh bulan nanti, haaaaaa! Bukan main lagi bangga! ;)


Ape azam bulan Ramadhan korang? Aku aim satu je. Semoga kesabaran aku meningkat. Ko tahu jelah tahap kesabaran aku senipis kulit bawang. Dan bila kita semakin cuba bersabar, semakin banyak kita dicabar. Semoga Allah kuatkan semangat aku. Ya Allah, tolonglah lindungi telinga aku dari mendengar perkara yang menyakitkan hati, supaya kesabaran aku tidak berkurang :) Aku kena kebalkan hati. Buat apa yang boleh buat aku gembira dan bergantung sepenuhnya kepada Allah sebab kalau bergantung pada manusia mesti akan kecewa. Tak semua orang faham kita kan. :) Maka, Sabar. Sabar. Sabar. Doakan aku berjaya capai azam ni. Kalau tak, memang ermmmm sabar jelah! :)



"demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155



SALAM RAMADHAN!

No comments:

Post a Comment