Thursday, March 1, 2012

PILIHAN KELUARGA?MENGAPA SAYA MESTI PILIH!!!!

Sister : Adakah betul awak bersedia menerima **** atau awak sebenarnya   
hanya mengikut cakap mak semata-mata dan mengorbankan perasaan sendiri sahaja dan merana dengan perkara ini?

Gua : Saya tidak merana dan perasaan saya tidak terkorban pun. Walaupun saya  masih ragu-ragu, saya cuba yakin bahawa redha ibu bapa adalah redha Allah. Saya cume berdoa semoga semoga semoga dia yang terbaek dan terakhir. Ok, sile pengsan sekarang. kah3

Huraian jawapan: Kenapa comel sangat dalam tahun 2012 masih mengikut jodoh pilihan keluarga? Aku pulak tuuuu..kau boleh bayang tak Rohaidah Jamal yang berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga??Rohaidah Jamal yang keras kepala tu.Yang jenis cakap dengan mak bapak dia tak reti nak guna pitch rendah tu? Yang jenis masuk telinga kanan keluar telinga kanan semula bila mak die membebel?Ok, boleh pengsan sekarang.
Hari ini, biar aku dedahkan sebabnya. Kenapa aku tegar mengikut pilihan keluarga? 

1. Kerana suami adalah tiket ke syurga. Kalau suami membawa ke jalan menuju neraka, maka ke neraka lah kite satu family. Memang lah tak semestinya betul. Isteri Firaun adalah wanita solehah walaupun suaminya adalah seorang FIRAUN! Tapi itu kes satu dalam sejuta. Analoginya, pemandu kereta yang sengaja memandu dan menjunamkan kereta ke dalam gaung yang terdapat di Lebuhraya Karak *siap mention. Kemungkinan untuk semua penumpang mati adalah tinggi walaupun ada kes yang menunjukkan penumpang terselamat. Tapi kebanyakkannya mati. Faham? Begitulah aku fikir, aku perlukan lelaki yang baik, tinggi ilmu agama untuk membimbing aku.Eh, tak semestinya aku masuk syurga bila kahwin dengan dia, tapi sekurang-kurangnya aku cuba carik lelaki yang dijamin baik. Oleh itu , aku katakan YA kepada si dia!

2. Kerana restu ibubapa is the most important thing in a marriage. Tolonglah setuju. Tolonglah setuju because this is soooo true! Banyak kes yang jadi kat depan mata kita kan. Aku tak payah bukak cerita aku, korang boleh tengok orang sekeliling korang berapa ramai yang menderita sebab kahwin takde restu? Kahwin 25 tahun, anak dah 4 5 orang. Tibe- tibe bercerai ,padahal sebelum ni bahagia sangat. Memang banyak sebab boleh diambil kira macam suami curang ke, isteri dah tak pandai bergaya or whatever tapi bila selidik-selidik semula, ehhhh....dulu waktu kahwin dekat Siam rupenya sebab mak bapak tak restu. Effect tu tetap ada walaupun dah berpuluh tahun kawin kan? Aku tak jamin perkahwinan pilihan keluarga akan bahagia, kekal hingga ke syurga. No,no,no. Tak semestinya juga tapi alangkah indahnyeee kalau perhubungan korang sentiasa mendapat doa yang IKHLAS dari mak. Nak aku cerita ke betapa mustajabnya doa seorang ibu? Tak payah kann. Ada mak bapak yang restu tapi lepas korang ugut nak kahwin lari. So, kite nak ambik kira restu tu macam mana? Mak berat hati tapi restukan lah jugak dalam keterpaksaan. Restu ke tak namanya tu? Maka, dengan menerima pilihan mak, aku tahu mak sangat gembira dan akan mendoakan aku. Begitu juga keluarga, sanak saudara yang gembira dengan pilihan ini. Ya Allah, satu rahmat yang besar bila semua orang doakan untuk kita kan? Dan kerana itu, saya katakan YA kepada si dia!

3. Kerana saya sudah muak dan malas mencari jodoh sendiri. Kehidupan di kawasan belajar yang didiami makhluk sejenis amat membataskan pergaulanku ini. Tidak relevan kiranya aku mengushar pensyarah sendiri tambahan lagi pensyarah di sini tidak menyelerakan langsung. Kah3. This is so hard you know! Ditambah dengan ugutan makcik-makcik di sekitar negeri ini kalau diorang tahu korang belajar kat ****** mesti buat ayat cuak .."haaaa...belajar dekat situ susah nak dapat jodoh. Baik carik kat luar siap-siap". You are so true makcik. Aku pulak jenis pergaulan terbatas * bajet suci lettew. Maksudnya kalau cuti aku spent time dengan keluarga je. Aku bukan jenis yang join persatuan belia 4B ke hape nak jumpe lelaki-lelaki harapan bangsa yang boleh diharap. Setakat kena ngorat dekat tepi jalan takkan terus nak pergi tahap serius sampai berkahwin bagai. Mungkin boleh jugak tapii..........tapiiiii...tapiiii...takpelah. Aku tak nak buat macam tu. Bila mak aku offer nak carikan, baguslahhhhhhhh. Maka, saya katakan YA pada si dia.

4. Sebab aku dah bosan dengan cara bercinta yang tipikal. Lelaki usha, puji puja bagai nak rak. Macam kaulah perempuan paling cantik didunia ini. Puiiiii. Berkepit 24 jam, berdating di hujung minggu, berduaan di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka. Eh, beria nak sebut. Bosan. Bosan. Bosan. Bosan bercinta macam tu. Tahu tak bercinta lama-lama dengan cara macam tu membuatkan mood kita lari suatu hari nanti. Aku prefer life sekarang. Takdelah contact sangat. Tak semestinya kene bagi report 24-7. No I 
LOVE YOU, YOU LOVE ME everyday. Kalau dah hari-hari sebut, it means nothing. Believe me! Perkahwinan satu ibadah. IBADAH! Bayangkan sebelum pergi masjid sembahyang asar berjemaah kau pergi mengumpat baik punya  depan masjid sambil gerbang-gerbang rambut yang diblondekan dan memakai mini skirt menunjukkan pangkal paha. Sebaik terdengar azan, kau masuk masjid sambil kenyit mata pada bilal dan berlalu mengambil wudhu'. Pergi sembahyang jemaah dah elok sangat tu tapi perbuatan diluar masjid sebentar tadi tu seperti haram jadah bukan? Itulah analoginya,sebelum kahwin dah asyik berkepit, dah tahu luar dalam, dah hilang malu dan sebaginya jadi lepas kahwin rasa ape? Macam sama je kan?Aku bukan baik sangat. Eh salah. Aku ni memang tak baik. AKu buat salah jugak satu ketika dulu dan salah satu sebab aku ikut pilihan family sebab aku tak nak kehidupan yang sama macam dulu. Aku nak berubah jadi lebih baik. Semua orang pon nak jadi lebih baik kan?:)

Cukup tak empat reason? Aku tak pernah cakap direct dekat family kenapa aku setuju sebab aku malu. Kalau aku cakap panjang lebar macam ni agak-agak aku kena backhand tak dengan akak-akak aku? Dah macam bagi ceramah Semanis Kurma pulak kan.. Jadi, aku tulis dalam blog sajalah. Kalau sesiapa baca dan tanya aku depan-depan aku akan buat bodoh je dan cakap " Bila masa aku ada blog?". Aku malu nak cakap kat orang sebab benda belum pasti kannnnnn.Hikhikhik. Tapi sebab kakak aku message macam kat atas  tadi,aku kenalah jawab tapi tak boleh elaborate dalam SMS .Sebenarnya, aku pon baru terfikir kenapa aku setuju ikut plan mak aku. Begitu bangang perempuan ini...... T_T

5 comments:

  1. sgt susah nak caye ko akan ikot pilihan famili ko beb! haha..nway, itu mmg terbaek utk ko beb :)
    semoga ko bahagia ke akhir hayat ..aminnnn :)

    ReplyDelete
  2. org cakap bercinta lepas kawen nie lg bestt..hihih
    dah ade calontue makna yer tak lama lg lah langsung nya kan..hahaha

    ReplyDelete
  3. Nysah & Husna : HAHAHAHA. Rindu korang!
    * Malulah orang jauh bace blog kitewww. Awwww

    ReplyDelete
  4. saya akan doakan yang terbaik untuk awak..
    benar, berkat dan restu parents terutama ibu sangat penting..
    selutttttt anda !!!!!

    ReplyDelete
  5. Jangan masuk selut pulak mak jemah :)terima kasih kawan. awak memang baikkkk :)

    ReplyDelete