Sunday, October 9, 2011

Membenci? Tapi Mengapa?

Mengapa tajuk entri kau membencikan ini wahai Rohaidah Jamal? Tak mengapalah. Bukankah ini blog aku dan  bukan blog abah kau? Bukankah?Bukankah?Bukankah?Cukup. Korang pernah membenci dan dibenci? Amboi manja sangat soalan tuuuuu. Aku pernah. Bukan pernah sebenarnya. Selalu. KahKahKah. Adakah aku kelihatan mengisahinya? Tidak kawan-kawan sekalian. Aku tidak mengisahinya punnnnn.

Kawan-kawan dan Musuh-musuh sekalian,

Membenci orang yang tidak pernah kau kenali adalah perbuatan keji lagi terkutuk di sisi kiri dan kanan. Itu jude-MENTAL namanya ye wahai pembaca sekalian. Dan orang sebegini sangatlah kelakar pada pandangan mataku. Kau tak kenal, tapi kau membenci orang tanpa usul periksa. Sepatutnya kau periksa dahulu sama ada mulut beliau lebih busuk dari mulut kau atau tidak, boyfriend beliau lebih hensem dari boyfriend kau atau tidak, Friend list Fb beliau lebih ramai dari kau atau tidak dan pelbagai persoalan lain barulah kau layak untuk membenci seseorang individu itu. 

Sebagaimana pengalaman yang pernah penulis lalui * Tibe-tibe tukar ganti nama penjadi PENULIS. Ulang balik. Sebagaimana pengalaman yang pernah penulis lalui, tuduhan sebagai feremfuan gewwdix, kepochi,perempuan cantik tapi kepoh seolah-olah mengekori diri penulis semenjak di bangku sekolah tadika lagi. Semenjak dari tadika memang sudah pandai memekakkan telinga dengan segala tuduhan sebegitu. Mengapa penulis begitu kuat dan tabah menghadapinya? Kerana penulis sedar, bahawa segala gelaran itu bukanlah satu tuduhan tetapi satu kebenaran. HAHAHAHAHA.*Tak lawak pon.

OK, begini. Apa yang aku cuba sampaikan ialah :

  • Macam mana kau cuba dan berusaha sekalipun, kau tak kan dapat memuaskan hati semua orang.
  • Kau takkan tahu kebaikan dan keburukan seseorang kalau kau tak berkawan dengan dia.
  • Semua orang ada keburukan dan kebaikan dan kalau kau memang kawan yang baik kau akan terima kawan kau no matter what.
  • Kalau seseorang itu cuba menjadi diri sendiri, biarkan dia. Sekurang-kurangnya dia tak split personality. KahKahKah. Aku perli seseorang niii.
  • Jangan judge orang sesuka hati kau sahaja. 
  • Seorang yang kau benci, 10 orang membenci kau dihadapan belakang atas dan bawah. *Semut pon benci kau. Booooooo!
  • Kalau kau tak kawan dengan aku mungkin kau rasa aku annoying sebab aku suke membingit tapi kalau kau dah kawan dengan aku kau akan rasa lebih annoying. HAHAHA
  • Kalau tak nak kawan tak mengapa, mari kita kahwin sahaja. * Ini untuk seseorang sahaja. Macam setan buat ayat camni.
P/S: Sebenarnya aku pon ada benci orang yang aku tak kenal. Huehuehuehue.

Yang Benar,

Budak Inensen

She is annoying yet kind-hearted. Believe me bebi.HAHAHA





No comments:

Post a Comment