Saturday, October 15, 2011

Mencari lelaki yang baik dan perfect adalah satu cabaran yang besar pada masa kini. Itu pandangan aku selaku perempuan. Mungkin bagi lelaki mereka juga akan menggunakan ayat yang sama cuma menukar perkataan lelaki kepada perempuan. Jadi, mungkin kita patut merumuskan  bahawa untuk mencari pasangan yang baik dan perfect  adalah satu cabaran yang besar pada masa kini. Atau lebih baik kita tanggalkan perkataan perfect itu kerana perfect membawa satu makna yang besar dan amat sukar untuk dicapai. Amboi, tak payah nak tanggal-tanggal sangat la kan. Bapak beria kau buat ayat macam tu kan. Heh!

Sebenarnya, semua orang pon ada taste masing-masing untuk pilih pasangan hidup. Apabila menginjak usia 21 tahun ni *start dah buat ayat beria die* aku tengok gaya berfikir masing-masing pon dah lain. Termasuk aku lah. Masing-masing dah nampak apa yang patot ada dan patot tak ada dalam future husband yang diidamkan. Mari kite rungkai ciri-ciri idaman lelaki masa kini.Huehuehue

BEKERJAYA

Ini PENTING! Penting sangat-sangat ye adik-adik. Tak payah lah sampai cari engineer, doktor, arkitek kan. Tu beria sangat tapi kalau dapat sujud syukur jugak lah.Maksud aku perempuan nak lelaki yang ada jaminan kewangan. Bukan untuk memenuhkan wardrobe mereka tapi untuk membesarkan anak-anak dengan keperluan sekolah yang lengkap, makanan yang bernutrisi, kehidupan yang selesa dan apa sahaja alasan yang menunjukkan perempuan ini tidak materialistik walau hakikatnya....Ehem!Tapi lelaki selalu salah paham kan. Selalu tuduh perempuan ni gile duit. Takde makna lah. Kalau kau engineer tapi kaki betina, then ada sorang lagi lelaki operator kilang tapi dahi siap lebam-lebam tanda kuat sembahyang, mesti pilih operator kilang yang dahi lebam-lebam akibat kuat sembahyang tu kan perempuan-perempuan semua? Kan korang kan?Kan? Kan? Eh, macam ramai je tak setuju. Haha!

COOL

Lelaki cool memang menjadi idaman tau. Bayangkan kau pergi wedding kawan sekolah lama dengan boyfriend. Rase best sangat lah dapat tayang boyfriend depan kawan-kawan. Tibe-tibe ex boyfriend waktu di bangku sekolah muncul dan kawan-kawan sakat korang dengan mengimbau kenangan lalu. Boyfriend kau terus tarik tangan kau balik rumah on the spot. Seronok? Benci kan dapat boyfriend macam tu? Cool boleh tak? Buat biasa jelah dok. Kau dah jadi boyfriend dia dah pon masalah sekarang, nak rasa insecure lagi mengapakah? In my case pulak, adik beradik aku suke bergurau kasar sebab kami memang mengamalkan prinsip hidup tidak perlulah bermanja-manja sangat asalkan kita bahagia sudah. Begituu..Jadi, lelaki yang tak cool bila family aku bergurau adalah sangat tidak cool pada pandangan mataku. Padahal family aku bukan cakap depan-depan die pon. Contoh situasi lah, akak aku ejek-ejek rambut die leper tak pacak lah kan. Then aku anggap itu joke dan cerita balik dekat die dengan excited siap gelak-gelak bagai. Tibe-tibe die sentap, emo dan akhirnya bergaduh besar! Nampak tak implikasi kalau lelaki tak cool? Nampak?Nampak?

BERILMU, BERIMAN DAN BERISTIQAMAH

Ehem. same goes to lelaki kan.Kau jahat macam mana pon mesti nak perempuan baik-baik buat bini. Same la dengan perempuan. Kitorang lagi  lah nak lelaki yang boleh jadi imam, boleh ajar anak mengaji, boleh baca doa kalau ada majlis keagamaan. Bangga wohh dapat husband macam tu. Erk,tapi kalau macam Ustaz Shauki Tahajjud Cinta tu tak pe lah. Kang senak perut  pulak. Huahuahua.Walaubagaimanapun, ada jugak perempuan yang tak suke lelaki alim. Aku pon pernah mengalami perasaan itu. Rase macam hek eleh mesti boring gile. Mesti tak boleh pakai ketat sikit, mesti tak boleh dating tengok wayang, mesti tak boleh nak ringan-ringan..erk. Tipu-tipu.Tapi tu zaman jahiliyyah aaa kan. Alah, kau dulu zaman sekolah pon tak suke geng-geng surau. nak layan geng-geng sport je kan. Kan.Semangat buat-buat gi jogging petang-petang sebab nak tengok budak lelaki practice bola sepak. Geng-geng surau on the way nak pergi azan kau pandang sebelah mata je.Pftttt.

Dah,,cukup. 3 point je setakat ni. Otak tak boleh berfungsi sebab sekarang tengah takde nafsu kat lelaki. HAHA!



No comments:

Post a Comment