Tuesday, August 7, 2012

Kahwin sewaktu belajar, tak boleh eh?

Dah baca artikel yang tengah meletup pasal pensyarah IIUM nasihat student supaya jangan too excited untuk berkahwin sewaktu belajar? Kalau belum pi google nuuuuuu.Kalau malas google, aku cerita sikit lah kan. Ada sorang pensyarah perempuan ni didatangi oleh student dia yang baru sangat kahwin tapi dah menangis bagai nak rak cerita masalah rumah tangga dan nak bercerai. Pensyarah ni tak cerita lah kenapa student dia tu nak bercerai. Tapi, dia merayu supaya student yang dah berkahwin atau bertunang jangan excited sangat cerita pasal keseronokan berkahwin kerana itu akan mempengaruhi rakan-rakan untuk berkahwin jugak. Hew Hew Hew. 

Bukan aku tak setuju 100% pasal ni. Memang betul berkahwin sewaktu belajar agak memberi beban tapi sangat kelakar sebab orang yang dah kahwin tak boleh cerita pasal perkahwinan, honeymoon and betapa happynye diorang sebab itu akan mempengaruhi kawan-kawan untuk berkahwin. Persoalannya, mengapa kawan kau itew begitu bongoksss? Tengok orang seronok berkahwin tak bermaksud kau perlu rembat lelaki di jalanan dan merancang perkahwinan yang grand dengan seronok huhahuhahuha.Tak masuk akal betul kalau ada orang yang buat begitu. Tapi tak dinafikan berkahwin waktu belajar macam trend tau sekarang. Kat tempat aku belajar ni, sampai bergaduh-gaduh nak chop tarikh nikah. Karang kalau tersaing dengan kawan-kawan lain, takde guest pulak on your wedding kan. So, terpaksa kautim dengan kawan-kawan like 'Eh, bulan 6 aku dah chop ehh, please please..boyfriend kau kan muda lagi, bagi aku jalan dulu.Kau ambik bulan 8 eh eh eh eh? Ngeeeeee' Begitu kaedahnye sebab dah ramai sangat nak kahwin. MUNGKIN inilah yang dimaksudkan oleh pensyarah itu tentang perkahwinan kau mempengaruhi perasaan nak berkahwin dalam diri rakan-rakan sekalian. But for me, itu semua hak individu dan bergantung kepada  kematangan sendiri. Kalau nak kahwin, pilih lelaki yang baik dan beragama dan memahami dan kau sendiri kena bersedia. Kau tak boleh expect lelaki yang kau pilih akan kekal berperangai yang sama selepas kahwin. Maka, apa yang boleh kau buat untuk mengelakkan masalah perubahan sikap selepas kahwin? Sila bersikap terbuka, bersedia dan pilihlah lelaki itu kerana AGAMA nyaaaaaaa :) Inshaallah bahagia dunia akhirat. :)

Last but no least, kahwin je wey!!!! Kahwin tu ibadah, kalau niat betul Inshaallah Allah tolong.Bercinta tanpa ikatan bertahun-tahun tak rasa bersalah pulak, nak buat benda betul kok diribut-ributkan dong! Tak payah hirau sangat orang nak kata apa. Yang penting, cari lelaki yang betul-betul lelaki, dapatkan restu ibubapa, bersedia mental dan fizikal, banyakkan ilmu kekeluargaan then masuk gear 1 and GOOOOOOOOO!



Sehingga saat ini, penulis masih dalam proses membodek ibunya untuk mempercepatkan tarikh kahwin berikutan ibu penulis yang tiba-tiba hilang mood untuk mengahwinkan penulis padahal sebelum ni beliau yang beria sangat!!! *emosi*

No comments:

Post a Comment