Saturday, May 5, 2012

Proses 1 Versi Sesi Gelakkan Diri Sendiri

Dolu-dolu aku seronok dengar preparation orang nak bertunang ke, kahwin ke. Rase macam olololo..seronoknya! Boleh beli hantaran sama-sama, beli cincin sama-sama, survey kad kahwin sama-sama, pergi kursus kahwin sama-sama. So Suhweeetttt :) :) :) Kahkahkahkahkahkahkahkah. Sekarang aku dah tau rupa tidak seindah khabar *Gelak sambil meleleh air mata.

I is penat.I is penat uolls. Baru pergi beli cincin merisik pon aku sudah mahu pingsannnn. Rupenyeee, ia begitu menyusahkan kepala hotak. Eh, dulu aku pernah terfikir untuk melangkah ke 'peringkat' yang lebih urmmphh aku malas nak kepoh-kepoh. Nak buat suprise lah konon tiba-tiba tepek gambar kahwin je terus kannn. Tapi, I am Rohaidah Jamal. I am soooo Rohaidah Jamal. T_T Dah, kau baca jelah sebab banyak aku nak bagi info berguna ni. 

Weekend ni, aku gigih tak balik walaupun asrama sunyi sepi demi mendapatkan sebentuk cincin risik ok. Jadi, pagi-pagi dah bangun siap-siap pakai baju sea'lim (baca dengan tajwid yang betul) yang mungkin untuk berdating ting ting ting. Dah siap-siap apa semua barulah brader ni telefon cakap dia baru gerak dari Klang sebab terbangun lambat. Haihh,, nasib baik aku penyabar. 2 hours later baru dia sampai terus pergi JJ. Kasi dia breakfast apa semua baru mulakan projek. Hari tu aku dah survey cincin belah rotan dekat Poh Kong dengan harga yang sangat affordable dan cantik! Tiba-tiba hari ni dah takde. Isk Isk Isk. Yang cantik-cantik semua takde saiz aku kerana jari haku adalah sangat halus seperti straw lagaknya. Kah3. Tak Tak, itu cacat benar. Tapi keturunan aku memang ada masalah nak beli cincin. Kasihan. Kebanyakan kedai pulak tak nak potong cincin belah rotan sebab tak nak lari corak bila dah digabung semula katanya. Tak pe ah, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

Setelah gagal di JJ, aku heret brader ni pergi Tesco sebab kat situ pon ada Poh Kong jugak dengan harapan kali ni ade lah size untuk design yang aku dah survey tu. Tapi kat sini promoter tu lebih jilaka betei.Beliau nak paksa-paksa aku ikut taste dia pulak. Siap tak nak ambik cincin yang aku suruh keluarkan. Eh, aku tak boleh pulak nak tunjuk brutal depan brader ni, kena control ayu sikit. *Macam bodoh padahal dari kecik dia dah tengok kelakuan kau yang macam naga tu*. Jadi, aku blah je lah sebelum berlaku pertumpahan air liur.

Ok, aku dah pening weh. Cincin itu mesti diperoleh hari ini juga. Musti!Musti!Aku dah lah tak tahu dah nak cari kedai emas kat mana area Melaka ni. Selama ni tak pernah pulak aku terfikir nak mencari emas kejadah semua ni so aku tak ambik peduli pon mana lokasi kedai emas. Dengan gamble aku ajak brader ni pergi MITC.  Membawa harapan sepanjang jalan pergi sana jumpa lah kedai-kedai emas yang hensem untuk kubeli barang sebentuk dua cincin. Cewahhh.Tapi tak jumpa jugak weh, dah nama pon MITC KOTA FESYEN, jadah sangat pergi carik kedai emas kan. Maka, alang-alang dah sampai sana aku dengan penuh keyakinan cakap kat brader ni kat dalam Mydin Mall ada kedai emas. Dia mati-mati tak percaya dalam Mydin ada kedai emas tapi aku tetap buat muka confident, tegas dan tegap dengan keputusan aku. HAHAHAHA..Sebenarnya kat dalam Mydin Mall tu siap ada Habib Jewels hokayy. Tapi, Habib Jewels ada satu size je untuk setiap design. Aku tak tau lah kalau memang macam tu cara diorang atau kebetulan je. Tapi harga diorang pon tak mahal mana. Lebih kurang je dengan kedai biasa. Aku mula-mula tak confident gak nak masuk HJ tapi brader ni cakap tak try  maka tak tahu kan. So, mari kita try. Ok, harga cun tapi size takde. Fine la, fine la. HJ kan untuk orang kaya je, orang kaya mana ada kurus cekeding. *menangis sambil naik escalator ke tingkat 1.

Dari jauh di hujung sana kitorang nampak WAH CHAN. Sambil menuju ke Wah Chan dengan mata bersinar dan sama-sama memotivasikan diri masing-masing "Harap-harap adalah kat sini", " Semoga ini destinasi terakhir", " Orang dah penat, kalau takde  cincin kat sini anggap je lah kita takde jodoh". Ok, lepas aku buat ayat tu, terus brader ni bagi jelingan tajam bakhang. 
"Mulut tu, mulut tu!" hehehe...ayat feveret dia kalau aku melazer. :) Dannnnn...kedatangan kami disambut sangat baik oleh pekerja-pekerja WC. Bersungguh-sunggu depa pilihkan cincin untuk jari i yang kiuuttt sangat ni. Dan, mereka sangat kagum dengan kehalusan jari jemariku ini. Siap cakap 
"First time saya tengok customer jari kecik macam ni" Terima kasih kerana membuat diriku terasa seperti alien T_T 

Oleh sebab give up dengan alasan semua kedai emas CINCIN BELAH ROTAN TIDAK BOLEH DIPOTONG KERANA BLA BLA BLA BLA...Baiklah, aku redha dengan ketentuan Illahi. Jadi setelah menelefon kedua-dua emak, kata sepakat diambil untuk membeli cincin biasa saja. Tapi, aku pilih yang simple sebab nak mengekalkan imej merisik tu. Dah kalau berbatu-batu sarat sangat tak macam merisik pulak kan. Kelebihan jari kecik adalah, cincin tu akan dipotong dan menjadi lebih ringan. Setelah menjadi semakin ringan harga juga semakin murah. Ok, setelah brader ni berpuas hati dengan design yang aku pilih * Dia adalah cerewet, harap maklum*, kami tunggu lah cincin tu siap dipotong. 10 minit je tunggu sambil minum-minum air yang disediakan. Baiknyeeeee Wah Chan ni :) Ok, dah nak bayar rupenye dapat sepasang   subang mutiara secara percuma sebab aku adalah pelanggan paling cantik pada hari itu. Double sayang Wah Chan. Hehehe.Ok, dah cium-cium dengan akak WC tu, kitorang berlalu dengan riang.

Baru terasa lapar bakhang. Tengok-tengok dah dekat pukul 5. Hambekkk..perut masing-masing dah masuk angin. Punyalah excited mencari cincin sampai tak sedar masa berlalu. Hwkhwkhwk.Walaupun ralat sikit sebab tak dapat cincin belah rotan tapi takpe lah. Mak aku cakap, nanti waktu bertunang beli lah cincin belah rotan. Lantak pi lah langgar adat ke hape aku nak jugak cincin belah rotan itewww..Nak gemukkan jari ah pasni. :) 

Antara tips yang aku nak ajar adalah :
1. Kau kira sendiri harga emas tu :

Berat emas X Harga emas semasa = harga tak termasuk upah

Jadi, yang lebih dari hasil darab tu adalah harga upah. Macam Poh Kong harga upah dalam RM 33 je. Kat Wah Chan RM 37 and Tomei RM 48-50. So, kena pandai-pandai tawar harga upah sebab harga emas memang tak boleh mintak tawar dah.

2. Try betul-betul size cincin tu. Macam aku, dak brader ni sibuk suruh aku hayun-hayun tangan sekuat hati untuk memastikan cincin tak terkeluar dari jari. Aku hayun kepala kau kang haaaa....

3. Consider terhadap pasangan ye adik-adik. Selama ni memang seronok tengok orang dok beli-beli cincin. Pilih dan bayar. Pilih dan bayar. Dak brader pon push jugak aku pilih je mana-mana yang aku nak tapiiiiii ingat, lepas ni banyakkkkk lagi dia nak keluar duit. So, kalau ada yang berkenan di hati tapi macam berat sangat je emas tu, kita telan air liur dan kasi je lah alasan tak berkenan ke whatever lah yang boleh menjaga hati beliau * Baik doh aku!* Erk, tapi kalau BF kau kaya,,, SILAKAN MEMILIH! KEPUASAN DIK NON, KEPUASAN!

Ok, ini adalah encik cincin saya. Walaupun beliau simple tapi saya sudah jatuh cinta dengannya. Serasa tidak mahu menyerahkannya kepada dak brader di akhir pertemuan tadi. Sabar, sabar..tak lama lagi dapat pakai :)



Hai, saya simple je, tapi biarlah. Kau ade? ;)
Ok, maka tamatlah pencarian. Syukur, syukur settle satu kerja. Tinggal hulur jari je :) Untuk step-step seterusnya bagi aku masa untuk fikir dengan tenang. Tapi kenapa masa sekarang berlalu dengan pantas eh. Sekejap je dah besar, dah kena fikir benda-benda macam ni. Malu lahh..macam gatal je. Kecik-kecik dah cakap pasal kahwin. *Kecik ke ko???????*

No comments:

Post a Comment