Monday, January 9, 2012

Kalau nak wish Happy New Year Sekarang kena carut tak?

Happy New Year U olssss! Happy New Year!! Walaupun agak jadah wish Happy New Year pada hari kesepuluh tapi aku rasa masih boleh masuk akal. Itu pon untung aku nak wish jadi jangan dipersoalkan lagi. Huehue. Azam tahun baru adalah untuk menjadi lebih cantik dan adorable. Ye ye aku tahu aku memang dah cantik tapi aku mahu lebih cantik. Kahkahkah. Anggap je bukan aku yang type entry ni.Tak, sebenarnye aku nak mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Takde lah sebelum ni aku jenis kaki togok ke smoker ke oh tidak-tidak begitu ye kawan-kawan. Maksud aku, nak lebih jaga kesihatan macam banyak minum air masak, makan buah, tidur awal walaupun sekarang dah pukul 11.30 tapi tak tidur lagi. T_T, banyak exercise dan macam-macam lah yang boleh buat aku lebih sihat. Aku kagum betul dengan azam aku tahun ni, tapi korang tak tau sebenarnye aku terpaksa buat azam macam ni akibat tahap kebuncitan perut yang tak dapat disorokkan lagi. Aku mula-mula macam nak redha je dengan kejadian alam ni tapi tak boleh tak boleh. Saya mampu mengubahnya!So, wish me luck!Saya mahu pinggang 24cm!24cm!24cm!

Sebenarnya banyak lagi azam lain yang tak boleh cerita dekat sini sebab nanti orang cakap gua sembang lebat pulak. Lagi satu takut malu kalau tak tercapai jadi ingatkan diri sendirik dan telan je sorang-sorang azam iteww.
Oh, nak cerita perubahan semester ni adalah :

1. Dapat bilik baru. Floor 2 tapi aku suka sebab boleh exercise. Yeay!
2. Dapat roomate baru iaitu Miss Bestfriend, Ismah Aina! Yeay!Yeay!Yeay!
3. Dapat semua lecturer lelaki yang hensem kecuali Mr. Ong. Hahahaha.      Jahat!Jahat!
4. Sem ni akan start praktikal kat sekolah. U la la la!

Hey, minggu depan kite nak pergi Sabah! Update later ok!

No comments:

Post a Comment