Thursday, March 31, 2011

Sape tak pernah makan Sherbet Magnolia maka kau adalah orang yang selebet!

Hai..kamilah sherbet yang dah lame femes tuu. Pompuan kecoh ni je baru tau kewujudan kami.

Petang tadi keluar teman ARA beli seluar pengakap dekat Keluargaku. Lepas bayar apa semua kitorang turun lah bawah nak beli barang-barang dapur. Tibe-tibe nampak mende alah kat atas ni dalam fridge . Terus rasa macam Ooooo Eeemmmm Jayyyy..omeynyeee makhluk warna ungu ni. Ape ni?Ape ni? Apesal tak pernah nampak sebelum ini. Adakah keluaran baru Magnolia atau aku yang lembab dan tidak mengambil tahu perkembangan semasa akibat rajin belajar ni? Ooo..sherbet rupenye. Terus beli perisa manggis sebab memang buah-buahan tempatan kegemaran adalah manggis sehingga abah pon tau dan selalu menelefon jika buah manggis tumbuh dengan pesat di belakang rumah padahal telefon suruh pulang akibat rindu. Abah memang cover macho ok takpe tak marah.Korang pernah makan tak natang sherbet ni? Ok kalau tak pernah jadi saya lampirkan gambar supaya terus berdesup membeli di kedai berhampiran. Terdapat juga dalam perisa lemon, kiwi dan laici u ollsss!



Sherbet perisa manggis saya dah cuba. MashaAllah sedap gile oiiiii.








No comments:

Post a Comment