Thursday, March 24, 2011

Hahai...Merong Mahawangsa ke Wangsa Maju ke..Wateva~~~

Assalammualaikum..
Semalam lepas habis kelas, aku dengan classmate telah bergabung.....bertukar!!  Kitorang pergi tengok Hikayat Merong Mahawangsa bebeh..rase cool sangat padahal dah berjaman cite tu tayang. Kalau nak beat dengan Hollywood mestilah tak tersaingggg tapi kire respect jugak la Malaysian boleh buat cerita camni. Tak payah nak banding-banding sangat la dengan cerita orang luar kan. Kau boleh ke buat cerita camni haa?? Setakat buat cerita belakang boleh ah. Sekarang aku nak review ape yang aku rase best and ape yang aku rase tak logik dalam cerita ni.Hek elehhh..bajet bagus betol perempuan ini.

YANG BEST
1. Body Merong Mahawangsa sangat aummmmm..
2. Latar belakang sangat cantik. Pantai mana  diorang buat eh?
3. Puteri Cina cantik gile. Suke-suke. Pastu ade pulak scene puteri ni mandi bogel. Apesal tak cut?Suke tauuu..hahaha
4. Scene lawan-lawan antara Merong best. Oloh2..
5. Pastu suke dengar Merong cakap BM. Omeyyyyy
6. Jehan Miskin punye dialog " SERANGGGGG". Itu sahaja. HAK3
7. Putera Rome hensemmmm!

Dah, kite tak boleh bagi yang best banyak-banyak sangat. Sekarang, mari mengutuk!

YANG TAK BEST

1. Merong tu bapak ah hensem. Sampai keturunan ke 7...OMG! SCARY!HAHAHA
2. Embuk selalu emo tak pasal. Contohnye, halau Merong sambil menjerit "pergi!pergi!pergi!". Padahal orang tu tak buat ape-ape pon. Lepas tu time Merong dah nak pergi berperang, mula-mula konon tak nak jumpe, pastu kapal dah nak gerak baru sibuk berlari-lari, bagi nasihat sambil terjerit-jerit. HELL...
3. Umie Aida konon-konon nak pergi berlawan tapi belum ape-ape dah kena pancung.Hak alaa..lawan-lawan lah sikit baru mati.
4. Khir Rahman nak menggatal dengan Puteri Cina. Menggatal je lah macam biase, tak payah nak buat bunyi harimau bagai. Geli mat mat!
5. Time lawan-lawan dekat pantai, amboi kauuu..darah bukan main lagi terpercik sampai kat khemah. Mencik!
6. Kan ade 2 bomoh, sorang baik, sorang jahat. yang baik tu Dato' Rahim Razali..tapi macam takde function langsung!Takkan ah takde power langsung!!
7. Paling aku tak puas hati, tentera Rom and tentera Cina tak bagitau Merong pon ade orang jahat nak tikam die dari belakang. Padahal diorang nampak je orang tua tu datang. Mencikk lagi.

Huhuhu...banyak cekadak la kannn. Ok lah.Korang pergi tengok ah kalau tak tengok lagi. Aku rasa kalau tengok kat cinema je best. Kalau tengok kat laptop ke, DVD ke tak mashuk sangat kot. Bye u olll.




4 comments:

  1. pastu ying ying hilang camtu je, konon nak buat2 mati. haha

    yang ta bole blah siap terbako bagai scene jampi tuh. haha

    ReplyDelete
  2. ah kau..name pon cerita.*tibe2 hentam kau balik!haha

    ReplyDelete
  3. part yg terbakar2 sbb cermin n matahari tu..spoil the whole movie..

    ReplyDelete
  4. hahaha...buat2 la kagum plsss

    ReplyDelete