Friday, November 5, 2010

TRANSNASIONAL.....tolong bagi kerjasama!

Dear Transnasional,
Saya adalah pengguna setia perkhidmatan bas anda. Sudah hampir 3 tahun saya berulang alik dari Temerloh ke Melaka. Saya setia menggunakan perkhidmatan anda walaupun makcik penjual tiket sangat garang bagaikan singa monopaus dan bajet hot macam sedang menjual kereta BMW lagaknya.Begitu juga dengan driver bas yang turut menjengkelkan bila memarahi penumpang bas sewenang-wenangnya atau lebih tepat secara arbitrari. Walaupun nama kami penumpang bas, tapi kami tidak menumpang secara percuma ye. Saya juga bertabah hati menaiki bas yang mempunyai aircond sangat uzur. Kadang-kadang kalau nasib tak baik saya ditangkap basah kerana air aircond yang menitis. Tetapi saya tidak berani banyak komen kerana...kan saya dah kate tadi, kerana driver adalah menjengkelkan!Jika hari hujan, saya kelemasan kerana bumbung bas turut bocor. hoiii, sungguh hina keadaan bas Transnasional Temerloh-Melaka. Tapi saya tetap menaiki TRANSNASIONAL. Saya tidak pernah menaiki bas lain untuk balik ke Temerloh. Sumpah!Anda tahu kenapa?? Kerana...kerana..hanya Transnasional yang menawarkan perjalanan ke Temerloh. Kalau saya naik Mara Liner terpaksa la saya pergi Terengganu pula. Bukan kah tidak memasal namenye tu.

Maka, saya memohon kepada encik Transnasional...sile sediakan tiket untuk saya ke KL esok. Jangan lupa tiket balik Melaka pada hari Ahad sekali. Saya penat packing barang ni jadi jangan kecewakan saya. Kalau tidak, AWASSSSSSSSSSSSS!

1 comment: