Thursday, September 6, 2012

Takde Kawan :(

Sobs Sobs Sobs.Setelah hampir tamat zaman remaja baru aku perasan aku ni tak ramai kawan. Bila tengok orang lain asyik berhuha huha huha dengan kawan-kawan diorang dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan sebagainya aku tersedar dari lamunan panjang.. Kenapa aku tidak begitu? Kenapa? Kenapa? Loser. Boo! Boo! Boo!

Hikssss. Perangai aku macam teruk sikit kan. Waktu aku sekolah menengah, aku terus lost contact dengan kawan-kawan sekolah rendah. Tak kira lah kamceng macam mana pon aku tak contact dah. Bukan kerek ke hape tapi macam malu-malu la. Lagipon after UPSR aku sekolah asrama, geng-geng sekolah rendah pulak ramai sekolah kat kampung so, masing-masing dah keluar dari our circle of friend. Tu yang dah tak rapat. Bila aku habis sekolah menengah dan masuk maktab, aku lost contact dengan kawan sekolah menengah pulak. Hahahaha. Tapi sebab zaman ni dah ada FB boleh lah tau jugak perkembangan diorang. Cuma dah tak rapat macam dulu padahal waktu sekolah dulu kawan-kawan dah macam adik beradik :( Sedih jugak la tapi setelah aku menjalankan kajian terhadap diri sendiri aku tahu kenapa isu ni boleh timbul.

Masalah utama aku adalah aku lagi suka keluar dengan family berbanding orang lain.Keluar dengan boyfriend pon aku suka tapi tu pon sebab boyfriend aku adalah family aku jugak kalau tak aku tak suka pon. Ceaaaa penipu! Hehehe. Aku sedar memang aku jahat sikit lah contohnya kalau ada kawan-kawan yang ajak aku keluar ke kan aku akan bagi macam-macam alasan terutama kalau tengah cuti sem sebab aku macam sayangggggg nak tinggalkan family. Baik aku duduk rumah dari keluarkan duit makan sendiri, keluar duit shopping sendiri. Hwkhwkhwk. Ini kalau kes dekat rumah lah, kalau dekat maktab aku keluar je dengan kawan-kawan. So, sebab tu lah aku tak rapat dengan kawan-kawan lama. Bukan tak rapat actually dah jarang jumpa. 

Ada sesetengah orang kalau time cuti habis die call semua nama dalam contact list phone ajak keluar tapi me dont like. Aku duduk rumah je diam-diam sampai kawan-kawan satu kampung pon tak tau aku ada kat rumah. Hewhewhew. Aku rasa adik beradik aku pon macam tu lah. Jarang aku tengok diorang balik kampung untuk berhuha huha dengan kawan-kawan walaupun sebelum kahwin dulu. Kitorang spent time sesama kitorang je. Contohnya pergi bershopping kat Temerloh bersama adik beradik, beli ikan patin bersama-sama dan selebihnya duduk di rumah gelak seperti syaitonnn. Bahahaha. Macam kera sumbang pulak dah.

Tahun depan aku habis belajar kat maktab, so aku dah nampak dah apa akan terjadi antara aku dengan kawan-kawan aku ni. Dah lah masing-masing duduk negeri lain-lain memang takde makna lah nak hang out ke ape ke. Balik balik aku berhang out dengan kakak- kakak aku jugak. Itu adalah lebih menyamankan kot. Kadang-kadang orang lain ni perangai menyakitkan hati sikit tapi adik beradik pon menyakitkan hati juga kah kahkah tapi takpe sebab sedarah sedaging tak kisah sangat. Jadi, lebih tenang begitu. Sebab tu  jugak aku tak suka sangat rapat dengan orang sebab aku tahu lama-lama nanti aku dan diorang akan lost jugak. Tapi ada juga beberapa orang yang memang chenta hatiku yang still rapat walaupun dah jauh dan jarang contact. Maklumlah tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat menggediks bersama.Tapi tak ramai sebab weell you know, sahabat sejati sukar dicari :)


kawan baik sekolah rendah yang akan kahwin seminggu selepas majlis saya inshaallah.
Kawan tersayang sekali. Lelaki di sebelah kiri adalah pakwe lama sewaktu darjah 6. Gatal!!!



kawan-kawan sekolah menengah yang hanya tegur-tegur kat FB :( Miss u guyssss

Ahli kumpulan beronggeng seumur hidup. Yang ni kalau lost contact jugak aku cincang je sorang-sorang.
 Tu je lah kawan-kawan yang still contact dengan aku. Yang lain ada tapi masing-masing sibuk kan. Begitulah hidup.

No comments:

Post a Comment