Sunday, November 13, 2011

Aidiladha yang Basi.

Memang macam ni lah perangai perempuan ni. Dah berzaman punye cerita baru nak update, Habes tu, BB gua dah kena terminated lu orang tak nak bayarkan sape suruh! Ok, plan memang dah lame buat yang Aidiladha tahun ni family kitorang nak sambut dekat Putrajaya. Motif? Mak nak pergi Open House rumah Najib lah wei. Family aku memang biru. Harap maklong.

Tapi,tapi,tapi....Pak Jib kita pergi Haji tahun ni kan. Dah tu, tukar plan? No,No,No. Kite teruskan...saya putar Halim!!!! Pagi-pagi raya tu pergi sembahyang sunat Aidiladha dekat Masjid Sultan Mizan. Tapi tak ramai orang sangat eh, maybe orang balik kampung lah kan. Yang meramaikan masjid adalah foreigners. Then, balik rumah makan-makan. Semua orang macam takde mood ambek gambar raya. Ini adalah sangat menghairankan kerana umum mengetahui adik beradik aku adalah penyawan gambar yang tegar. Jadi, takde gambar pakai baju raya lah. :(

Dah petang-petang sikit, sebab takde aktiviti yang menarik masing-masing membawa haluan masing-masing. Maksudnye bukan bercerai beramai-ramai atau memutuskan hubungan silaturahhim. Cuma ada separuh pergi shopping langsir dekat Nilai 3. Ehem, itu  golongan orang baru beli rumah la tu. Ada separuh pergi tengok wayang dan warga tua menjaga rumah. Jadi, anda berada dalam golongan mana? A. Golongan Nilai 3. B. Golongan tengok wayang. C. Golongan warga tua penjaga rumah?? Ermmmmmmmmm. Saya pilih D untuk bukan semua jawapan dia atas!!!!! Yeayyy! Betol! Score!





Maka kami warga belia muda mudi telah melayang Basking Robing di petang Aidiladha. Alamanda never alone lah. Petang raya pon ramai bershopping disitu. Jadah betul. Terima kasih kepada Future Brother In-law yang belanja. Lu memang brader lah bhai! Balik rumah bawak mak abah keluar  lepak maple pulak pekena roti canai di petang hari. 


After Maghrib & Isyak, semua orang telah pulang ke sarang. Jadi, kami telah bersepakat membawa berkat untuk berkaraoke kat Alamanda. Mane lagi nak cari port best kat Putrajaya ni? Balik-balik situlah jugek. Abah macam biase lah tak nak keluar malam. Abah gua kan ayu-ayu gitu sebab tu menurun kat anak die. Pfttttt. Tapi mak berjaya dipujuk dan akhirnya beliau..... ikut! Amazing ok, amazing!




Adam & Pak Ude terlebih gelek.







Lepas semua dah bajet best feeling artis kita balik lah pulak kan. Oh, sebelum tu lepak maple lagi. Maple tu pon dah bosan tengok muke haku asyik lepak kedai die je. Huehuehue. Balik rumah terus kroih kroih tak sedar diri. Terjaga bangun pagi sebab ada orang menjerit " Bangunlah sembahyang Subuh!!! Amboiiiii..berkaraoke sampai pukul dua pagi dah liat nak bangun sembahyang yeeeeeee!". Sekian.

2 comments: