Thursday, October 28, 2010

Aku membebel ni. Tak payah baca lah.

So, sekarang nak bebel pasal LOVE. Kalau tak suka sila angkat kaki....SEKARANG!!!!!!!!!!
Aku yakin semua perempuan pernah rasa 'dikejar' sampai rimas. Betul tak???? Jangan tipu ok...memang ada kan.Rimas dengan lelaki tak faham bahasa. Macam aku, prinsipnye bile aku ade BF aku tak flirt dengan lelaki lain. Oh, bajet suci!  Tapi tu lah hakikatnya. Aku tak reti nak cerita masalah aku dekat kawan-kawan lelaki. Sebab?? Sebab aku rasa itu macam meminta simpati. Aku rasa lah kan. Lagipun kalau kawan lelaki aku tu ade awek macam tak manis je kan nak luah-luah perasaan bagai kat pakwe die. N honestly aku tak nak perempuan lain dok mengadu-ngadu kat Adlan macam tu. Like...cari lah jantan lain. Kau nak Adlan pujuk-pujuk kau kan? Tak payah! Maka, kalau ada lelaki yang nak lebih-lebih aku memang angkat kaki awal-awal. Bagi aku, kawan laki tempat untuk borak-borak ringan. Bukan ringan-ringan tau..awwwwww.HAHAHA. Geng nak mencarut ke kan sesuai la dengan kawan lelaki..huhuhuu..*aku tau nampak tak sopan tapi kawan lelaki geng mencarut terbaek saya adalah IZAT AMIR gemuk tu. Best oh!
Fine, macam dah lari tajuk sikit.Kadang-kadang kite ni tak pandai bersyukur kan. Dah ade awek yang oh hot! chinese look. Pandai pulak tu! Tapi kau sibuk nak mengejar perempuan lain. Dahlah perempuan yang kau kejar tu tak cantik. keluar pon jadi cikgu je wey. Tak hot langsung. HAHAHA. Aku totally rimas dengan sorang mamat ni. Maybe dia nak flirt je tapi aku tak nak layan dah lah kan. Kesian aku baca blog awek die yang nampak sangat sayang dia separuh mati. Every single thing pasal mamat ni dia cerita. Kalau aku jadi mamat tu aku memang terharu la kan. So, aku macam pelik, apa lagi yang tak cukup sampai kau kena flirt-flirt  dengan perempuan tak cantik yang setakat jadi cikgu tu je. Entah-entah kau flirt dengan ramai lagi orang. Kesian sangat kat awek kau, tahu?
Kawan-kawan,
Pasangan kite mungkin ada kelemahan yang kite tak suke. Tapi fikirlah siapa lah yang sempurna kan. What more do you expect from your girl/ boy? You want everything from them but you give nothing. Come on! Be fair. Fikir, berapa ramai yang menyesal tinggalkan ex semata-mata sebab orang ketiga but then the new person turn to be more scary than the old one. Kau nak macam tu??? Lepas tu baru terhegeh-hegeh kejar balik ex kau. Lepas tu, ex kau pon rasa berbelah bagi dan terima balik kau walaupun die dah ade awek/balak waktu tu. Lepas tu kau rasa gembira sebab Ex kau sanggup tinggalkan awek/balak die waktu tu demi kau? Lepas tu kau rasa kau HOT sangat. Lepas tu kau jumpe other boy/ girl dan kau buat lagi perangai yang sama dengan harapan Exkauyangbodoh tu akan terima kau lagi tak kisah betapa besar kesalahan yang kau buat? BEGITU???Maka kau gembira dengan hidup kau dan boleh lah buat bed time story dengan anak cucu cerita kejayaan memperbodohkan atuk/nenek diorang? hoiiiiihhhhh...marah betul aku dengan orang macam ni. Ye, cakap la aku berlagak konon-konon aku adalah couple terbaek kan. Kau tanye lah Adlan betapa terseksa die menjadi half of me tapi aku nak tegaskan kat sini, 2 tahun aku dengan dia kami tak pernah bergaduh sebab lelaki lain. Kenapa tak bergaduh sebab lelaki lain??? Sebab memang tak ada lelaki lain!! OPPSSSS..bukan bermakna tiada lelaki lain nak saya ye. Ehem...ayat tak nak kalah.HAHAHAHA. Tapi sebab aku membekukan hati untuk lelaki lain. Trust me!Memang aku singa, aku naga, aku queen control tapi aku SETIA! Comel tak?????lalalalalalala. Kalau aku single memang aku merenyam tapi bile aku couple automatik hilang gatal tu tanpa perlu beratur kat klinik Family dan bila masuk doktor tu akan senyum dan cakap ' Hai cikgu, sakit apa???'. Aku tak tahu macam mana dia tahu aku cikgu ok. Ye begituuu...
Kesimpulannya, kau jangan mengada-ngada flirt kalau kau dah ade couple.Nakal sangat perbuatan tu ok. Tak suke-tak suke! Kalau kau tak nak setia, jangan couple. Kalau setakat nak test market kau lupekan je lah. Tak baik mainkan perasaan orang. Yang dah couple tapi nak tarik diri, cakap elok-elok. Jangan bila dah kantoi berpegang tangan berlaga pipi dengan jantan lain baru nak kalut menangis ok. Penat la bebel. Akhir kata, SETIA boleh mengelakkan HIV.

3 comments:

  1. sokong..seyes aku pun tak suke orang2 begitu...jom setia

    ReplyDelete
  2. hoooiihh..nampak sgt kite ni baik.hahaha

    ReplyDelete
  3. semestinye terbaek dr ladang kan..haha

    ReplyDelete