Tuesday, July 9, 2013

Tajuknye ialah : Asalkan Update.

Entry ke tujuh dalam tahun ini. Kah kah..formula apa kau amalkan ni? Sebulan satu entry ? Ngak papa kok.Ngak ada yang baca pokoknya. So, wazzup ? Sekarang tengah internship kat sekolah yang aku praktikum 3 bulan hari tu. Minggu lepas bawak budak-budak pergi lawatan kat Langkawi. Kesian weh anak murid aku. Bukan semua anak orang senang, jadi buat la program lawatan jauh-jauh sikit. Seronok la tengok diorang. Anak murid aku bagus, bagi makan snack plate KFC pon dah gembira sangat, ini kan pulak bawak pergi Langkawi. 








Giteww cikgu Aida kite. Bekerja keras sangat nak sara keluarga. Ini cerita bulan 7, sekarang nak cerita trip family yang bulan 4 pulak. So, family trip Encik Jamal tahun ini, kita terbang ke Sarawak. Alhamdulillah, rezeki masing-masing makin murah. Boleh jalan jauh sikit. Tahun 2015 In Sha Allah, kami nak buat umrah cadangnye. Mintak-mintak jadi. Waktu tu dah ada laki. Yeayy...boleh pawww yaaa aww aww !




Cerita dah basi, mood nak cerita pon dah lari. Sekarang aku pon nak lari. Byeeeee.

Wednesday, May 1, 2013

Happy me ! :)

Hai !! Ada banyak benda nak cerita kat blog ni ! EXCITED!!!! Hahaha..gilo sorang-sorang. Tapi tak boleh cerita sekarang sebab ada banyakkkk kerja. Kena buat tutorial yang  maha susah, hantar surat minta diskaun harga  kepada macam-macam company untuk trip internship next sem, Uruskan bantuan baitulmal (kena pujuk mak bagi bawak kereta jugak ni! hihi), kena carik banyak lagi sponsor, kena ready untuk final exam, preparation untuk jadi pegawai teknik again and again and again. Huwaaaaaaa....chaos! Takpe, remind diri..buat kerja bukan untuk kepentingan diri sendiri je tapi sekurang-kurangnya ada manfaat untuk orang lain. Be good, be good.

Life is hectic. Normal situation for final year student i guess but untungnya menjadi aku sebab aku aku ada family yang super duper best!! Dah start excited balik!. Tq mak abah, abang, kakak for the trip. Memang rasa macam sweet escape ok. Berbaloi baloi sebab memang sangat best luangkan masa dengan family. We need more vacation i think, sebab baru je sampai rumah masing-masing dah merungut tak puas cuti lagi. Hahaha. BTW, tq kepada semua yang telah menjayakan program sweet escape saya dengan ucapan, saya akan bersemangat untuk final exam kerana anda semua telah berjaya menghilangkan stress saya. I love u <3 font="">




Tuesday, April 16, 2013

Life.

Selain daripada sentiasa memikirkan masalah sendiri sahaja, mari kita fikir tentang masalah orang juga. Jadi kita akan lebih bersyukur. Zeriusss. Kalau sentiasa rasa hidup kita tak best, yakinlah ada hidup orang lain yang lebih tak best. Aku ada sorang kawan. Erk, aku anggap kawan lah kan. Tapi dia lebih tua. Dah kahwin dah. 3 bulan selepas dia kahwin, dia and her husband accident waktu on the way nak balik kampung berhari raya. Accident teruk. 3 kenderaan terlibat, 2 maut tapi Alhamdulillah dia & her husband selamat. Selamat dari maut tapi rupanya banyak lagi ujian Allah bagi. Suami dia masih belum sihat sepenuhnya sampai sekarang sebab suaminya cedera parah. 4 Hari kat ICU dan berbulan-bulan terlantar. Dan sampai sekarang, suami dia tak boleh bercakap dengan sempurna, tak boleh buat aktiviti seperti dulu-dulu, dan yang paling sedih suami dia semakin lama semakin kurang ingatan. Waktu kawan aku bercerita, dia sebak. Jarang nampak dia sedih tapi hari tu dia betul sedih. Aku pon sebak terutama bila dia cerita suami dia pernah cakap " Abang takut abang akan lupa nama sayang". Kesian sangat. Dan sampai sekarang diorang takde anak lagi. Belum rezeki tapi aku yakin nanti mesti ada. Aku harap sangat. Tolonglah ya Allah. Tolonglah mereka. Tapi tajuk  takde kena mengena dengan cerita  ni. Jalan hidup semua orang ikut takdir masing-masing lah. Kalau diuji,reda! Bukan hak kita nak mintak hidup kita jadi begitu jadi begini.

Macam-macam ujian Allah kan. Kadang-kadang sekelip mata je Allah tarik. Kalau tak sabar, takde iman..memang tak boleh hidup dah. Ada blog-blog yang selalu cerita pasal life diorang yang diuji dengan macam-macam ujian. Kehilangan orang tersayang, sakit and macam-macam.Aku suka baca ,bukan suka sebab tengok kesedihan orang! Gile koo..aku tak lah keji sangat. Suka baca sebab lepas baca dapat motivasi diri.Terus rasa bersyukur dengan apa yang ada. :) Dulu selalu berangan nak hidup yang mewah, best dan hot saje. tapi sekarang tak nak lah. Nak mintak hidup sederhana je. Cukup makan, cukup pakai, sihat. Bahagia. Biasa-biasa je. Cukup dah.

Saturday, April 13, 2013

Sepanjang 3 bulan duduk rumah sewa, ini adalah weekend kedua aku kat rumah sewa. Weekend lain kemana daku? Entah..tak perasan. Hahaha. Selalu balik rumah lah kot. Time flies~~~ minggu depan dah balik semula tempat belajar. Habis praktikum dah. Ahhhhhh..lega lega tapi sedih jugak sebab ermmm..entah lah ermmm....eh, lempang kang!

So, hari ni boleh bangun lambat. Hari-hari lain aku bangun pukul 5.40 tau tak. Sedih tau sebab sebagai anak manja aku tak bangun awal macam ni. Kalau kat hostel aku bangun 6.30. Kalau kat rumah aku bangun bila mak dah tiba di muka pintu. Jadi bangun pukul 5.40 pagi setiap hari is very the not me. So, tadi bangun dalam pukul 10. Ngeh3...bagi chance lah kepada tubuh badan yang semakin mendebab ini. Siap-siap semua dalam pukul 11 gerak ke Melaka. Nak hantar sikit-sikit lah barang ke hostel. Minggu depan tak payah lah bergaduh sangat mengangkat barang sekali shoot je kan. 

Lepas hantar barang kat hostel, perut menggelegak kelaparan. Ni saat paling tak suke. Begaduh dengan Yan nak makan kat mana. Tiap-tiap kali nak makan kena berperang dulu dengan minah ni. Bukan bergaduh nak ikut tekak sapa, bergaduh sebab dua-dua tak tau nak makan kat mana. Tampo kang. Tapinye membebel kelaparan lepas tu tak tau nak makan mana. So, lepas tu decide makan dengan Nasi Beriani Power, Tesco Melaka. Haaaaa..tak sedap pon. Terima kasih je lah. Tak datang dah pasni.

Alang-alang dah sampai Tesco beli sekali hadiah untuk sekolah dengan guru pembimbing. Bagi tupperware satu set. Dalam tu ada 11 tupperware pelbagai saiz. OK la tuuu. Sebab guru pembimbing aku pernah cakap dia suka benda-benda macam tu, boleh guna untuk family. Orang dah berkeluarga gitu lah pemikirannya. Kalau aku, aku suka dapat kain ke tudung ke emas permata ke. Eh?

Lepas tu teringat pulak ada sekeping lagi baucer buku belum guna. Jadi, masuk Popular cari apa-apa yang patut. So, teringat kak Aini Nurbaya, blogger Mawarnafastari tuu. Blog die memang sangat amat best. Sebab jalan hidup dia yang AllahuAkbar! Kuat betul semangat akak ni. Dia ada bukukan blog arwah husband. So, aku carik lah buku tu dan jumpa!!! Terus ambik. Lagi satu buku motivasi jugak. Oleh sebab baucer tu kena guna Rm 40 untuk buku dan Rm 10 untuk stationery. So, aku rembat pen 80 sen sepuluh batang dengan pensil pilot. Settle! Tahun depan tak dapat dah baucer buku. So sad. Baucer yang lagi 200 tu  kena beli buku kajian tindakan and aku buat beli External Hardisk. 

Buku sebelah kiri tu yang terpaling best :)
After settle semua gerak balik ke rumah sewa. Tapi aktiviti wajib adalah beli Coconut Chake dekat Batu Berendam. Oh Myyyy, weekend is tak best. Orang beratur panjanggggg gile macam ape dah. Tapi gigih beratur juga sebab coconut shake mereka sedap gila. Orang kata Klebang lagi sedap tapi aku tak suke sebab Klebang mahal sikit and and biase je rasenye. Batu Berendam lagi best. Kena beratur panjang pon takpe sebab semua orang suka tengok aksi pembelah kelapa kat sini. Kagum gile aku. Aku siap record masa lagi ok . Die boleh belah 4 -5 biji kelapa dalam masa 60 saat. Aku takde keek, kalau tak dah rekod and upload tadi.

Kagum.Kagum
Sekian, laporan dari bernama Rohaidah Jamal :)

Saturday, March 30, 2013

JUBAH JEANS/DENIM YANG BEGITU STYLISTA SEKALI!

Uuuuuppsss ke stylista??

Mestilah stylistaaaaaaaa :)

Hiks, Aku ni baru nak berkecimpung dalam dunia perniagaan. Maklum lah nak kahwin kena kumpul duit kak oiiiii. So, borak-borak dengan Dak Brader hari tu, dia suruh aku biznez tudung. Dia ada jumpa lah satu tempat yang boleh borong tudung banyak-banyak dengan harga yang ummmph! Tapinyeeee..aku fikir, tudung ni dah banyak sangat orang jual. Kat kedai pon melambak ko. Tak payah susah-susah nak beli online kecuali lah tudung tu memang lain dari yang lain. So, i rejected. Fikir something else. Something yang bukan sahaja mendatangkan untung malahan Insyaallah dapat pahala juga jika menjualnya. Ehemmmm. Apakah ??? So, kami buat keputusan untuk memulakan perniagaan jubah ! :) So, dear readers, mari shopping jubah jeans bersama ahkak.

KENAPA JUBAH JEANS BEST ????

1. Diperbuat dari kain denim yang lembut dan sejuk. Diz iz zeriuzzzz !
2. Jubah ni tak jarang. Tak nak pakai kain dalam pon takpe sebab tak nampak pon bayang kaki.
3. Jubah tak melekat pada badan kerana  diperbuat dari kain denim bukan macam lycra yang melekat kat badan tu.
4. Jubah ini stylo habisssss ko! Sesuai untuk jiwa-jiwa rock tapi masih mampu tampil menutup aurat.
5. Sesuai untuk semua event ! Bukan setakat nak bawak pergi kenduri doa selamat or kenduri kahwin je ok. Pergi shopping pon silaaaaaaaaaaaaa pakai jubah jeans. Cousin aku sarung jubah jeans je pergi KLCC. Simple yet Stylo :)

SO, HERE IS THE PROMOTION. HARGA MURAH SAHAJA!
KOD : JJN 003
AVAILABLE SIZE : S, M, L,XL

KOD : JJN 001
AVAILABLE SIZE : S, M. L & XL

KOD : JJN 002
AVAILABLE SIZE : S & M

KOD : JJN 004
AVAILABLE SIZE : L ONLY

HARGA PON AMAT MURAH. TAK PERCAYA BOLEH PERGI SURVEY DULU. :)


SEHELAI : RM 65

2 HELAI : RM 120



KALAU BERMINAT, BOLEH PM FB AKU DI SINI 

Wednesday, February 20, 2013

Memahami Diriku.

Aku suka sangat environment tempat aku praktikal sekarang. Compared dengan dua tempat lagi sebelum ni, this is the best. Cikgu-cikgu peramah. Takde yang pandang aku jenis tak puas hati macam aku datang dari planet mane je. Takde rasa sakit hati tau. Loike ! Walaupun aku paling muda, setakat budak praktikal je pulak tu kan sepatutnya aku lah yang kena ramah tamah tapi seriusly aku sangat tak reti nak beramah tamah dengan orang yang aku tak rapat. Aku tak reti start conversation, tak reti buat-buat mesra, tak reti puji-puji orang. Wuuuuuuuu. Kesiannya aku. Tapinya kat sini cikgu-cikgu tak kisah pon kalau kita tegur diorang. Diorang senyum je jugak. Aku rasa diorang faham perasaan 'budak baru'. Kadang-kadang kita kena faham orang kan. Maksudnya sebelum judge atau pikir buruk pasal orang cuba letak diri kita kat tempat dia. Maybe and aku HARAP cikgu-cikgu kat sini fikir macam ni

Budak ni budak baru. Normal lah dia malu-malu nak tegur.

 Hihihi. Tapi ni dah masuk minggu kelima rasa confident sikit nak bergurau senda di hari raya. ;) Apesal tah nak malu sangat padaha l diorang baik jeee. Biasa lah poyo ok poyo. Lagipun kena control baik sikit. Takkan aku nak tunjukkan perangai sebenar aku. Setakat ni tak mampu lagilah nak gelak macam syaiton walaupun diorang buat lawak macam jaha**m. Aku harap bila aku dah kerja nanti aku pon akan layan junior junior dengan baik dan penuh kasih sayang dan kemesraan " Adik budak baru ye? Dah kahwin? Belum? Jangan ngorat suami ahkak tau. " Gituuuuuuuuuuu.Mesra kan? Bahaha. Whateverrrr.

Budak praktikal tercomel dalam daerah Tampin T_T



Sunday, February 17, 2013

Eh, dah 2013 ? Patot la aku semakin cantik. Bahahaha

Ya ampun, tak perasan pon dah masuk tahun 2013. Orang bekerja keras memang macam ni, mane nak perasan waktu berputar bagai. hek hek hek. Ok, first entry dalam tahun ni. Hapy New Year Korang !!! *dush dush.

Tahun ni final year as student. Counting days untuk habis belajar. Aaaaaaah..nyamannya. Aku tak nak cerita apa aku akan lalui tahun ni sebab semua tu tak best. Macam mana aku tak ingin cerita pasal penat praktikum, stress buat esaimen semua tu, aku rasa takde orang suka baca pon. Eh, memang takde orang suka baca blog kau pon. Boooooo. T_T. Hidup sekarang adalah begitu indah dan bahagia. Walaupun tak perfect macam orang lain tapi perfect bagi aku. Cukup makan, cukup pakai, cukup supplement, ehem dan paling penting cukup kasih sayang. Bahaha. Haa, sebab aku tak tahu nak cerita pasal apa, meh sini nak cerita pasal supplement aku makan dan kesannya ke atas diriku yang tak cantik ini. T_T

Semenjak mencecah umur 23 tahun ni, kadar kesedaran diri terhadap penjagaan kulit dan diri semakin meningkat. Pandang kiri kanan semua orang makin cantik. Habis tu aku ??? aku camne ?? Tidak mahu berterusan hidup dalam kemurungan, aku mengorak langkah untuk menjadi secantik Emma Maembong. Uuuuuu..bestnya berangan.

Kulit muka aku dulu sangat kusam, hitam dan tak cantik langsung. *Tapi tetap ada boyfriend,heran?



Tu diaaaaaa. Cukup jahanam muka kan ? Waktu ni aku memang stress gile dengan muka aku. Aku rasa takde confident dan hidup dalam kesedihan. Bahaha. Over sangat. Tak tak, aku ok je tapi aku mula start berangan nak cantik. So, aku mula belajar make up sebab nak menutup segala cela di wajah. Kalau tengok muka aku dekat-dekat kau pasti rasa nak tampar  sebab aku bajet pandai sangat make up padahal sangat jahanam muka macam pondan ok. 




HAHAHAHAHAHAHAHA! Gelakkan diri sambil tak percaya itu adalah aku. Muke hitam, kusam tapi berusaha tutup pakai make up. Macam ape kau tau ???? Ok bagus, tau takpe. Aku pon tak sanggup nak cakap. Ada banyak lagi gambar scary nak letak tapi fikir dua tiga kali kalau Dak Brader nak cancel kawin sebab tengok gambar lama aku macam mana? Muka aku sekarang pon die tak berapa hingin nak tengok apatah lagi kalau.......ah, tak sanggup nak bayangkan. 

Ok, lepas tu aku sedar diri bahawasanya make up tak mampu mengubah wajahku. Ibarat kata pepatah kalau sudah buruk letak gincu sebesen pon tetap buruk. Aku semakin rungsing tapi boyfriend tetap tak mintak putus lagi time ni jadi rasa masih selamat. Bahahaha. At last aku sedar bahawa penjagaan kulit yang betul lebih penting dari percubaan menutup cela wajah menggunakan make up. Wah gitu ! Jadi, aku pon menggunakan elaun firts year degree untuk membeli set penjagaan wajah HIMALAYA. Macam biasa cuci muka, pakai toner then pakai moisturizer. Kali pertama pakai toner dalam hidup kau tau tak betapa kotornya facial cotton ketika itu ?? Macam sapu atas tanah weyyyyy...yuck ! scary gile kulit time tu. Lepas tu kulit rasa lebih best, lembab je dan tak berminyak sangat tapi tak menjadikan kulit aku putih jugak jadi tak cukup bersyukur aku tukar pakai set Tia Amelia. Yeaaaaayyyy! Time ni baru lah puas hati. Ramai tegur makin cerahhhhhh, betul tak tipu. Waktu dah cerah sikit buat perangai macam taik, curang dengan boyfriend time tu. Die tak tau sampai lah kalau die baca entry aku sekarang. Kalau dia tak baca maksudnye die tak tau sampai mati. HAHAHAHA. Tak lama pon curang, dalam 2 minggu je. Baek sangat akuu T____T. 




TAPI! Lepas dah putih sikit.....ramai yang cemburu dan menghantar tuju-tuju kat aku. Aku tak tau siapa yang kedengki sangat hantar jerawat untuk menghancurkan kulit ku yang anjal ini. BAHAHAHA. Nak tuduh-tuduh orang kunun padahal muka memang bermasalah. Jadi, aku stop pakai Tia Amelia then try produk lain seperti Safi Balqis, Neutrogena, Simple, Garnier dan berlambak lagi produk di pasaran. Pantang nampak iklan pencuci muka semua aku nak try tapi semua tak membantu. Kulit tetap berjerawat, berjerawat dan berjerawat. Jerawat tu kalau datang dan pergi seperti cinta palsu takpe jugak tapi beliau pergi meninggalkan parut. Kulit aku ni dah lah memang ada jeragat dan tahi lalat yang melatari muka dengan jayanya pastu dak parut jerawat nak menumpang jugak. Jadi kau boleh bayang betapa sesaknya muka aku dengan jeragat, tahi lalat, jerawat dan parut jerawat ??????? Semak tau tak ?? Semak ! Sampai boleh jam kat kulit wajah aku, terpaksa la jeragat dan jerawat saling tindih menindih dan sebagainya ! Omaigodddddddddddd !Tapi waktu ni tetap ada boyfriend. Bahahahaha. Nak cakap jugok tuuu.



Dalam gambar macam tak nampak sangat tapi muka time ni memang banyak jerawat kecik-kecik yang sentiasa tumbuh. Tak pernah surut pon :( Paling teruk hujung tahun lepas sampai kena pergi facial sebab mak, mak sedara dan bertambah pedih NENEK aku sendiri bagi aku satu set Safi Rania sebab tengok kulit aku teruk sangat. Kau tau Safi Rania tu untuk sape ? Untuk orang 25 tahun ke atas khusus untuk anti penuaan. Ye betul ! Nenek aku yang bagi. Terima Kasih atas penghinaan. Touching ! Hahaha. Aku pon tak boleh tunjuk sangat betapa teruknya kulit aku time tu sebab aku tak banyak ambik gambar, kalau ada pon aku delete balik sebab tak hingin tengok ok. Sob Sob. 
Finally, aku ambik keputusan untuk makan supplement. Aku makan vitamin C, Vitamin B dan Vitamin E brand Shaklee. Walaupun tak cantik sangat tapi sekurang-kurangnya jerawat takut dengan aku sekarang. Haaaaaa. tau takut !Parut jerawat semakin pudar, kulit tak berminyak sangat dan makin cerah. Ehem. *tertunduk malu* Tapi, tak lah cantik gile gile. Aku baru makan 2 bulan kot tapi dah takde jerawat langsung kecuali parut-parut lama je la. Kulit pon rasa tegang gitu. I Love it !!!! Kalau nak tahu banyak lagi yang best pasal vitamin Shaklee boleh contact kawan aku. Nama dia Izyan Diyana, peramah gile. Kau tanya lah apa-apa nak tanya pasal Shalee, die memang terer. 0177712982. Takpon gi baca blog dia dulu baru contact. Klik Sini Untuk Baca Blog Izyan. Carik kat FB pon boleh. Facebook Izyan Diyana. Die jual harga murah gile ok. 

Dalam masa yang sama aku tukar cuci pencuci muka jugak. Aku pakai produk Nur Suci Cosmetic. Yang ni aku tak tau siapa jual, sila google sendirik kalau nak tahu. Dan sebulan kebelakangan ni aku tukar vitamin C kepada vitamin C Pahang Pharma sebab terpengaruh dengan Namee Roslan yang cantik gilos tu. Vitamin C ni pon best. Actually mana-mana vitamin C pon bagus tak kisahh brand sebab ia hanyalah supplement bukan ubat ! So, ni lah wajah terkini ioolssssss. Malu doh nak tunjuk, tak cantik pon tau. Jangan kutuk nanti kite down lalu terus makan kedai Shaklee sebab stress. Acane? T_T

Flawless kan? Ihik Ihik. Ni sebab aku pakai camera 360. Kalau kau nak cantik macam ni tak payah makan supplement sebaliknya pergi install camera 360 di handphone masing-masing dan jadilah cantik seperti daku. Bahahaha. Mohon lempang makhluk jaha*** ini. Kalau aku letak gambar sebenar mesti orang cakap " Hak Alaahhhhh, aku baca dari atas sampai bawah ini je hasil muka yang kau nak kobar-kobarkan tu ?????". OK, takpe, memandangkan aku memang tak pedulik apa orang kata, aku letak jugak la. Sob SOb Sob....



















































































































































































Ada rasa menyesal tak baca entry ni sampai habis? Kalau ada sila gelakkan diri sendiri. Tapi aku bersyukur dah dengan kulit sekarang. Memang still banyak parut, jeragat semua tu tapi kalau korang tengok kulit aku sebelum ni secara real, korang akan menangis dan calonkan aku dalam Anugerah Tokoh Wanita 2013.Bahahaha.

K, bye!







Thursday, November 29, 2012

favourite shawl ever

Amboi die tuuu, galak sangat update blog skang. hewhew. Sekarang dah pukul 3.20pm tapi aku tak masak lagi.Bahaha. Bahayalah hidup seorang diri ni. Rase lapar baru nak masak tak kire ah pukul berape.Sebab tu aku kena kahwin cepat baru semangat masak ikut time. Eh, tetibeeeeeee ! Skang aku dah lapar tapi tengah tunggu ayam nyah-beku. Amboi,bahasa dieee mih mih mih. Jap lagi baru goreng. Makan dengan kicap je. Senang !

Oh, aku perasan aku ada 1 shawl yang merupakan nadi kehidupanku. wah, gituu. Maksudnye shawl ni adalah penyelamat yang aku akan pakai tak kira majlis apa, atau baju warne ape dan paling penting aku tampil lebih yakin bersamanya. Mari kita lihat siapakan shawl bertuah itu.

Berjimba bersama rakan dan taulan

berholiday dadadididudu

Berhari raya riang ria

bermencapap di atas pentas

berdating gagigigugu
Malahan saya memakainya untuk mengangkat kain di jemuran. Nice colour and easy to wear <3 br="br">

Yeay !

Aku harap malam ni aku boleh tidur lena. Tolonglah boleh Ya Allah ! Penat sangat semalam aku tak tidur langsung. Tak boleh tidur ok. dari pukul 1 sampai 4 pagi bergolek keresahan. Menci sangat ! Dan 4am keatas baru aku tertidur. Bangun solat subuh pukul 6.15 then tertidur sampai pukul 8.50. Arghhhhh. Badan terhuyung hayang sampai menangis ok. Aku sakit hati sangat sebab tak boleh tidur. Pernah rasa? Tension hokey, dah lah bangun pagi nak dating tiba-tiba kepala menoneng. Aku hampir cancelkan pendatingan ini tapi after mandi and  baring-baring sikit dah ok la.

Hari ni dating macam good-good je cakap lembut-lembut. Mesti dak Brader heran dengan singa lapar yang tiba-tiba bajet innocent itewww. Tapi memang kepala menoneng kot. Siap aku request nak tengok wayang tapi nak tengok cite bosan sebab aku nak tidur dalam panggung. Maybe kalau tidur di khalayak ramai aku boleh lena sikit tapinye nan hado. Mungkin sebab aku tengok Istanbul Aku Datang yang quite best, patot aku kena tengok cite tamil ke kan baru boleh tertido. So, misi gagal di situ. Istanbul Aku Datang best tapi lebih best sebab ending dia Beto menang. Kan aku dah kate aku suke cerita ending best saje. Mih Mih Mih.



After cinema, heading to Snogurt yang baru dibukak. So, ada discount 30 % . Yeayy disitu. Aiskrim and topping lebih kurang je dengan Tutti Frutti. Tapi harga macam lagi murah maybe sebab ada discount tu, Discount ni pon sebab baru bukak je after 1 month takde dah cuma diskaun 15 % untuk student and children below 12 years only.
This is children above 12 yang tak cukup tidur. Lihatlah eye bag ku. Menakjubkan !
Kedai ni comel sangat warne pink + hijau, siap ada katil untuk kanak-kanak yang mengantuk sambil makan aiskrim.

Lepas tu, pergi makan lagi kat teluk Sengat pulak. Kejadah asik makan ? Nanti di akhir entry aku akan dedahkan punca kami berdating sambil jalan-jalan carik makan. So, Teluk Sengat ni aku selalu dengar cite je Dak Brader yang aku rase hari-hari kot datang sini. Macam best sangatttttttttt je. So, bile dah pergi i was like..."ermmmm.not bad" ;) So, this is Teluk Sengat uolssss.




And teh food is ohsemmmmmmmmmmmmmm ! Oleh kerana aku tinggal kat Pahang jadi jarang la makan seafood yang fresh. Kat sini rilek je oi makan rojak ketam fresh dengan harga RM 2.00 seekor. Bahahaha. Sedap gileeeeeeee ! And, makan tauhu bakar yang sedap gileee jugak. Siap request kat Dak Brader aku nak datang sini again and again and again.

2 ekor ketam goreng + kuah rojak yang aku habiskan dalam masa  beberapa minit. Sedap terlampau !

Beli tauhu bakar sorang satu tapi bahagian aku tinggal ni je. Ada orang jahat makan part aku sekali. Keji !
Wonderful day ! Walaupun kepala wenggggg tapi seronok. Dating mestilah seronok weehu weehu. ok,  my last picture will tell u why we need to hunt for food every hour ? This is the reason......

tak clear sangat tapi hakikatnye die sangat buncitttttttttttttttt. Bahagia nampak ? Mih Mih Mih

Tuesday, November 27, 2012

Hari ni tak boring. Yeayy !

Kota Tinggi dah ada MBO uolsss. Bukan main lagi die tuuuu, terkagum-kagum aku, de and Ajib masuk MBO ni sebab kat dalam ni agak besar dan berliku-liku. Bahaha.Keterlaluan. Hari ni de MC tapi pagi-pagi die tetap pergi kerja. walaupun cara aku cite nampak macam dia seorang yang rajin tapi sebenarnya tidok. Diorang laki bini meng-MCkan diri hari ni lantak pi depa yang penting aku dapat tengok Breaking Dawn Part 2. Weehuuuu. Aku suke tengok cerita yang bagi aku teremosi-emosi tapi bahagia di akhirnya. Dan yes, Breaking Dawn ni memang memenuhi seleraku Suke angat ! Ramai yang suke Jacob dari Edward tapi aku tak suke dua-dua sebab dua-dua kafir, boleh macam tu ? Hewhew




And now, dah kembali ke rumah dan melepak-lepak di depan tv saje. Yeayyy ! Hari ni tak berseorangan. Hari esok, lusa, tulat dan berikutnya nak paksa Dak Brader keluar. I dont care ! Aku dah plan esok konon-konon nak betulkan laptop. Pastu lusa cakap nak gi beli hadiah wedding Ida. Pastu Khamis cakap nak makan ABC Kg. Majidee, pastu esoknye pulak nak beli kain untuk kelas menjahit. Bahahahaha. Verangannnnnnn. Ada yang kena pelempang dengan beliau. Kalau dia tak lempang pon mungkin Mak Uteh atau De yang tolong lempangkan aku. Sekian.