Sunday, February 17, 2013

Eh, dah 2013 ? Patot la aku semakin cantik. Bahahaha

Ya ampun, tak perasan pon dah masuk tahun 2013. Orang bekerja keras memang macam ni, mane nak perasan waktu berputar bagai. hek hek hek. Ok, first entry dalam tahun ni. Hapy New Year Korang !!! *dush dush.

Tahun ni final year as student. Counting days untuk habis belajar. Aaaaaaah..nyamannya. Aku tak nak cerita apa aku akan lalui tahun ni sebab semua tu tak best. Macam mana aku tak ingin cerita pasal penat praktikum, stress buat esaimen semua tu, aku rasa takde orang suka baca pon. Eh, memang takde orang suka baca blog kau pon. Boooooo. T_T. Hidup sekarang adalah begitu indah dan bahagia. Walaupun tak perfect macam orang lain tapi perfect bagi aku. Cukup makan, cukup pakai, cukup supplement, ehem dan paling penting cukup kasih sayang. Bahaha. Haa, sebab aku tak tahu nak cerita pasal apa, meh sini nak cerita pasal supplement aku makan dan kesannya ke atas diriku yang tak cantik ini. T_T

Semenjak mencecah umur 23 tahun ni, kadar kesedaran diri terhadap penjagaan kulit dan diri semakin meningkat. Pandang kiri kanan semua orang makin cantik. Habis tu aku ??? aku camne ?? Tidak mahu berterusan hidup dalam kemurungan, aku mengorak langkah untuk menjadi secantik Emma Maembong. Uuuuuu..bestnya berangan.

Kulit muka aku dulu sangat kusam, hitam dan tak cantik langsung. *Tapi tetap ada boyfriend,heran?



Tu diaaaaaa. Cukup jahanam muka kan ? Waktu ni aku memang stress gile dengan muka aku. Aku rasa takde confident dan hidup dalam kesedihan. Bahaha. Over sangat. Tak tak, aku ok je tapi aku mula start berangan nak cantik. So, aku mula belajar make up sebab nak menutup segala cela di wajah. Kalau tengok muka aku dekat-dekat kau pasti rasa nak tampar  sebab aku bajet pandai sangat make up padahal sangat jahanam muka macam pondan ok. 




HAHAHAHAHAHAHAHA! Gelakkan diri sambil tak percaya itu adalah aku. Muke hitam, kusam tapi berusaha tutup pakai make up. Macam ape kau tau ???? Ok bagus, tau takpe. Aku pon tak sanggup nak cakap. Ada banyak lagi gambar scary nak letak tapi fikir dua tiga kali kalau Dak Brader nak cancel kawin sebab tengok gambar lama aku macam mana? Muka aku sekarang pon die tak berapa hingin nak tengok apatah lagi kalau.......ah, tak sanggup nak bayangkan. 

Ok, lepas tu aku sedar diri bahawasanya make up tak mampu mengubah wajahku. Ibarat kata pepatah kalau sudah buruk letak gincu sebesen pon tetap buruk. Aku semakin rungsing tapi boyfriend tetap tak mintak putus lagi time ni jadi rasa masih selamat. Bahahaha. At last aku sedar bahawa penjagaan kulit yang betul lebih penting dari percubaan menutup cela wajah menggunakan make up. Wah gitu ! Jadi, aku pon menggunakan elaun firts year degree untuk membeli set penjagaan wajah HIMALAYA. Macam biasa cuci muka, pakai toner then pakai moisturizer. Kali pertama pakai toner dalam hidup kau tau tak betapa kotornya facial cotton ketika itu ?? Macam sapu atas tanah weyyyyy...yuck ! scary gile kulit time tu. Lepas tu kulit rasa lebih best, lembab je dan tak berminyak sangat tapi tak menjadikan kulit aku putih jugak jadi tak cukup bersyukur aku tukar pakai set Tia Amelia. Yeaaaaayyyy! Time ni baru lah puas hati. Ramai tegur makin cerahhhhhh, betul tak tipu. Waktu dah cerah sikit buat perangai macam taik, curang dengan boyfriend time tu. Die tak tau sampai lah kalau die baca entry aku sekarang. Kalau dia tak baca maksudnye die tak tau sampai mati. HAHAHAHA. Tak lama pon curang, dalam 2 minggu je. Baek sangat akuu T____T. 




TAPI! Lepas dah putih sikit.....ramai yang cemburu dan menghantar tuju-tuju kat aku. Aku tak tau siapa yang kedengki sangat hantar jerawat untuk menghancurkan kulit ku yang anjal ini. BAHAHAHA. Nak tuduh-tuduh orang kunun padahal muka memang bermasalah. Jadi, aku stop pakai Tia Amelia then try produk lain seperti Safi Balqis, Neutrogena, Simple, Garnier dan berlambak lagi produk di pasaran. Pantang nampak iklan pencuci muka semua aku nak try tapi semua tak membantu. Kulit tetap berjerawat, berjerawat dan berjerawat. Jerawat tu kalau datang dan pergi seperti cinta palsu takpe jugak tapi beliau pergi meninggalkan parut. Kulit aku ni dah lah memang ada jeragat dan tahi lalat yang melatari muka dengan jayanya pastu dak parut jerawat nak menumpang jugak. Jadi kau boleh bayang betapa sesaknya muka aku dengan jeragat, tahi lalat, jerawat dan parut jerawat ??????? Semak tau tak ?? Semak ! Sampai boleh jam kat kulit wajah aku, terpaksa la jeragat dan jerawat saling tindih menindih dan sebagainya ! Omaigodddddddddddd !Tapi waktu ni tetap ada boyfriend. Bahahahaha. Nak cakap jugok tuuu.



Dalam gambar macam tak nampak sangat tapi muka time ni memang banyak jerawat kecik-kecik yang sentiasa tumbuh. Tak pernah surut pon :( Paling teruk hujung tahun lepas sampai kena pergi facial sebab mak, mak sedara dan bertambah pedih NENEK aku sendiri bagi aku satu set Safi Rania sebab tengok kulit aku teruk sangat. Kau tau Safi Rania tu untuk sape ? Untuk orang 25 tahun ke atas khusus untuk anti penuaan. Ye betul ! Nenek aku yang bagi. Terima Kasih atas penghinaan. Touching ! Hahaha. Aku pon tak boleh tunjuk sangat betapa teruknya kulit aku time tu sebab aku tak banyak ambik gambar, kalau ada pon aku delete balik sebab tak hingin tengok ok. Sob Sob. 
Finally, aku ambik keputusan untuk makan supplement. Aku makan vitamin C, Vitamin B dan Vitamin E brand Shaklee. Walaupun tak cantik sangat tapi sekurang-kurangnya jerawat takut dengan aku sekarang. Haaaaaa. tau takut !Parut jerawat semakin pudar, kulit tak berminyak sangat dan makin cerah. Ehem. *tertunduk malu* Tapi, tak lah cantik gile gile. Aku baru makan 2 bulan kot tapi dah takde jerawat langsung kecuali parut-parut lama je la. Kulit pon rasa tegang gitu. I Love it !!!! Kalau nak tahu banyak lagi yang best pasal vitamin Shaklee boleh contact kawan aku. Nama dia Izyan Diyana, peramah gile. Kau tanya lah apa-apa nak tanya pasal Shalee, die memang terer. 0177712982. Takpon gi baca blog dia dulu baru contact. Klik Sini Untuk Baca Blog Izyan. Carik kat FB pon boleh. Facebook Izyan Diyana. Die jual harga murah gile ok. 

Dalam masa yang sama aku tukar cuci pencuci muka jugak. Aku pakai produk Nur Suci Cosmetic. Yang ni aku tak tau siapa jual, sila google sendirik kalau nak tahu. Dan sebulan kebelakangan ni aku tukar vitamin C kepada vitamin C Pahang Pharma sebab terpengaruh dengan Namee Roslan yang cantik gilos tu. Vitamin C ni pon best. Actually mana-mana vitamin C pon bagus tak kisahh brand sebab ia hanyalah supplement bukan ubat ! So, ni lah wajah terkini ioolssssss. Malu doh nak tunjuk, tak cantik pon tau. Jangan kutuk nanti kite down lalu terus makan kedai Shaklee sebab stress. Acane? T_T

Flawless kan? Ihik Ihik. Ni sebab aku pakai camera 360. Kalau kau nak cantik macam ni tak payah makan supplement sebaliknya pergi install camera 360 di handphone masing-masing dan jadilah cantik seperti daku. Bahahaha. Mohon lempang makhluk jaha*** ini. Kalau aku letak gambar sebenar mesti orang cakap " Hak Alaahhhhh, aku baca dari atas sampai bawah ini je hasil muka yang kau nak kobar-kobarkan tu ?????". OK, takpe, memandangkan aku memang tak pedulik apa orang kata, aku letak jugak la. Sob SOb Sob....



















































































































































































Ada rasa menyesal tak baca entry ni sampai habis? Kalau ada sila gelakkan diri sendiri. Tapi aku bersyukur dah dengan kulit sekarang. Memang still banyak parut, jeragat semua tu tapi kalau korang tengok kulit aku sebelum ni secara real, korang akan menangis dan calonkan aku dalam Anugerah Tokoh Wanita 2013.Bahahaha.

K, bye!







5 comments: