Monday, November 26, 2012

update ! misteri laptop dan lampu.

Bayangkan situasi menaip di ruang tamu seorang diri ditemani bunyi hujan lebat dan guruh. Televisyen telah lama dimatikan dek kerana Astro yang sememangnya bangang menjelang hujan.1 mentol lampu yang tadinya terpadam tiba-tiba menyala semula. Choi ok lampu kat rumah de ni boleh pulak nak kejap menyala kejap terpadam. Hahaha. Semalam aku sampai Johor dengan kakteh, mula-mula aku dah tekad tak nak ikut dia balik tapi agak-agak 5 minit lagi orang tua tu nak bergerak aku baru terhegeh-hegeh kemas barang nak ikut dia. Actually aku planning nak balik sini dua tiga hari sebelum wedding Ida tapi takpe laaaa. Banyak 'manfaat' diperoleh kalau duduk johor ni lama-lama. Hewhewhew.

Cuti ni sepatutnya dihabiskan dengan menonton Family Outing, ini adalah perancanganku semenjak study week yang lalu lagi. Semalam aku on la laptop sebab nak melaksanakan apa yang telah direncanakan. Tiba-tiba laptor restart dengan sendirinya. Agak misteri di situ. Kejadian berulang hampir 4 5 kali. Sah ! Laptop buat hal. Mencinyeeeee lah. tinggal setahun nak habis belajar lah kau nak buat perangai kan. Takpe, tunggu seseorang datang untuk membawa laptop ni gi repair. Yeayyy ! Ada alasan nak dating. Muahahaha. Nasib baik de tak guna laptop dia, jadi bahagia disitu. Oh, lampu ni terpadam balik. Damn !

Aku harap de baca entry ni. Bahahaha. Punye lah tak ikhlas sebab aku nak cerita aku bangun pagi sapu satu rumah  kecuali bilik dia. Basuh tandas bawah dan basuh kain. Lepas aku basuh kain baru aku nampak baju Aliesya sebakul tak basuh. Hahahahaha. Esok lah mak usu sambung ye Dik Cha. Oh, dan dan dan saya mop lantai jugak. Tak, tak. Ni bukan nak tunjuk bagus ke ape. Aku buat ikhlas yeeeeee. Sebab aku tau akak aku ni pemalas tak banyak masa nak mengemas. Lagipun, aku mula menyedari bahawa aktiviti mengemas rumah akan menyebabkan peluh keluar dengan begitu banyakkkkkkkkkkkkkkk sekali dan i like it. Rasa cantik sangat lepas berpeluh bagai. Bahahahaha. Trust me baby. Dan bila aku penat aku malas nak makan sangat. Macam hari ni aku tak breakfast then terus makan nasi ngan telur goreng je. Yeayyyy ! Duduk rumah lebih elok pola pemakanan aku nampaknye. Kalau kat hostel perut sampai santak ok asik makan je. Bagus, aku sukakan perubahan ini. Ok, update later. Nak sambung tengok tv sebab hujan dan reda. Boboi !

1 comment:

  1. tengah baca laa ni..haha terima kasih kemaskn rumah..;p

    ReplyDelete