Sunday, September 11, 2011

Selagi masih raya, kita rayakan apa yang patut dirayakan.

Ok, semalam class aku buat satu program bersama. Bukan program Bersamamu yang TV 3 tu tapi program seharian bersama classmates.Begitu kekdahnya..Objektif program ini adalah oh pergi matilah nak skema-skema batak sangat ayat tu. Aku teruskan cerita ini dengan gambar-gambar yang bisa menggegarkan iman. Jangan tanya kenapa banyak gambar aku  je sebab ini blog aku bhai.

Aktiviti pertama seawal pagi adalah serbu rumah ABAH!

Baju raya tangkap muat. :)

Cuba carik mana ABAH?








Terima kasih ABAH. Makanan sedap-sedap gile ok. Memang terbuntang mata menelan masing-masing. ABAH adalah mentor kelas aku. Maksudnya, dia macam penjaga kami lah dekat IPG ni. Sangat sporting, hensem , baik dan kelakar juga. IPG pernah cadangkan kami tukar mentor sebab ABAH kami orang penting dalam IPG so agak busy orangnye. Kami mogok seminggu sebab tak mau kehilangan ABAH. Huehuehue.Kat sebelah abah tu wife die. :)

Ok lepas babai ABAH apa semua kitorang gerak-gerak khas pergi Dataran Pahlawan nak layan Hantu Bonceng. Tak best sangat lah cerita ni. Lawak Zizan kurengggg sikit. So, tak payah pergi tengok lah eh, tunggu keluar dekat TV raya tahun depan je. Sampai DP pukul 12 lebih wayang start 2.20. Alaaa..nak buat apa ni? Ecewahhhh..lagi mau tanyeee..

Eh, kain mana kain? :)








Haa..kitorang habiskan masa dengan beriktikaf di surau berhampiran. Beriktikaf kata ko. Not bad lah kan solat tidak dilupakan oiiii.

Lepas tengok Hantu Bonceng yang tak best tu kitorang dah kehilangan idea untuk bergembira. Semua rasa macam " Eh, apa patut kite buat untuk menghabiskan masa bersama-sama ni?". Salah seorang berkata "Aku nak  buat aktiviti yang bermanfaat kerana aku tak suka perkara-perkara kemungkaran.". Jadi semua pon macam setuju untuk buat satu aktiviti yang bermanfaat. :)

Aktiviti Bermanfaat 1



Aktiviti Bermanfaat 2
Aktiviti bermanfaat 3
Untuk menyaksikan lebih aktiviti bermanfaat kami, sila pergi ke FACEBOOK saya. Tak sanggup nak letak lebih banyak di sini kerana bimbang ada yang diserang sawan tangis. 

Program bermanfaat kami tidak terhenti setakat itu sahaja. Nak letak lagi perkataan bermanfaat tu T_T.
Malam ada majlis makan-makan dan tukar-tukar hadiah. Semua orang dapat hadiah yang best-best daripada Secret Amire Yang Di Paksa. Maksudnye, kau admire aku atau tidak kau kena bagi hadiah dekat aku. Begituuuu


Contoh : Sya dipaksa meminati Ayda . terima kasih Sya :)




Wajah kesayangan hamba :)


Hari yang sangat penat. Balik bilik upload satu gambar *sempat lagi. Terus tidur. :)


2 comments: