Wednesday, September 7, 2011

Ini entry hari raya :)

Selamat Hari Raya. Wah, wah, wah baru sekarang nak ucap Selamat Hari Raya. Pastu tak tulis maaf Zahir Batin pulak tu. Hik3. Kenapa marah diri sendiri ni? Rileks ah. Kemaafan kan dendam yang terindah. Tibe-tibe je kau. Raya korang meriah tak? Aku sangat seronok raya tahun ini. Seronoknyeeee, jerit batinku. Sebab dapat duit raya pada umur 21 tahun memang seronok tahu? Kemudian berkumpul dengan semua adik beradik juga sangat seronok, tahu? Yang paling seronok adalah jodoh pilihan mak abah datang beraya, tahu? Demmmm. Itu tipu. Kah3. Yang paling seronok hari raya tahun ni adalah reunion u ollls. Kau tak tahu ke reunion tu sangat menyeronokkan? Except part mak paksa pakai baju besar-besar sikit terus aku nampak macam fashion victim dressing beria padahal buat BBQ dekat dalam kampung je. Hell.Eh, sebenarnya nak cerita pasal raya ke pasal reunion ni? Takpe lah. Ini update pukal namanya. Terima lah beberapa keping gambar dengan penuh keikhlasan di lubuk hatiku yang paling dalam.

Ni sebenarnya gambar raya kedua. haha. Kena tipu.

Ini barulah gambar raya pertama. Tapi family angah takde waktu ni.

Oh, bukan bedak bertapuk di wajahku tetapi di cermin ye. Explanation!

Aku heran kenapa baju raya aku tahun ni buruk. Mungkin aku mengamalkan dasar biar baju buruk janji muka cantik. Kalau muka dah cantik, pakai pulak baju cantik pasti ramai yang cemburu dan menghantar santau. Prinsip hidup macam sampah T_T.



BBQ

Sekarang aku excited! Excited bebeh nak cerita pasal BBQ. As usual, geng-geng basikal sekolah akan datang beraya kat rumah aku. Selalu jejantans je yang datang malam raya tapi tahun ni ramai pulak yang datang petang-petang raya. Mak suke nok! Diorang punye membingit aku cakap kau sampai akak aku sound " Aku pejam mata dalam bilik tapi aku rasa macam kawan-kawan kau ada kat dalam bilik sekali. ". Dahsyat budak-budak ni punya tahap memekak. Mungkin mereka excited. Takpe, aku tambah darjah excited mereka dengan membawa topik BBQ yang telah kami bincangkan di dalam FB baru-baru ini.Kata sepakat terus diambil sambil masing-masing menghulur RM 10 tanda persetujuan.Padu betul semangat kami semua.

Maka, malam pon tiba..Music Background = It's a time for disco!

Main organizer


main menu

Tudung ungu jiran organizer baju hitam. Tudung pink jiran organizer baju oren. Explanation!


Banyak pulak gambar jiran @ main organizer  @ Nash Harun ni :)


kesayangan-kesayangan semenjak 14 tahun yang lalu. Gambar blur sebab kalau lelaki ambik gambar perempuan cantik memang shaking kan?

Ini Yo a.k.a driver malam itu. Single dan agak desperate. kah3. 

So, mereka lah punca keseronokan tak terhingga saya pada episod raya tahun ini. Semoga tahun-tahun akan datang dapat beraktiviti lagi bersama-sama. Oh, gambar last dengan Yo tu bukanlah kena tangkap basah sebab balik pukul 12 malam tapi sebab terlampau gembira maka ada aktiviti simbah-simbah air sebelum majlis tamat. Benci lalu terus ajak Yo balik sambil meninggalkan majlis tanpa mengemas. * padahal mak dah call suruh balik. Ramai lagi yang join tapi penatlah nak upload gambar. Boleh tak alasan macam tu? Bolehhhh je lah.

No comments:

Post a Comment