Tuesday, July 26, 2011

Agar tidak terkenang ketika Ramadhan : Seoul Garden #

Dah lama plan nak pergi makan dekat Seoul Garden. Tapi kelas habes lambat je lately. So, petang ni tibe-tibe kelas habes pukul 2 p.m. Haa.. berdesupppp kau terjah Seoul Garden, Mahkota Parade. Konon-konon dalam usaha menghilangkan kebuncitan perut kakak kau ni, tapi dah bayar Rm 23 dan boleh makan apa sahaja sampai 5 p.m maka aku balun je semua. Tidak ku mengisahinya punnnnn. Nanti bulan puasa terkenang-kenang kan susah. :)

Kalau nak makan muke mesti happy. Standard la.

Senyum seperti harimau bertemu mangsa.

Kimchi Soup. 

Boleh BBQ jugak. Oh...Terliurrr lagi!


Menggunakan 9 nafsu dengan baik.


Ais krim honey dew..OMAIGOD! terangkat baby, terangkat!
Memang kenyang giler. Actually Seoul Garden ni bukak dari 11 a.m sampai 5 p.m untuk lunch hour. Kire kalau kau memang free dan nak makan banyak. Makanan pon bayak choice. Ade nasi, BBQ, macam-macam jenis daging, seafood, aiskrim dan banyakkk lagi. Datang lah dari pukul 11 a.m makan sampai 5 p.m. Takde sape nak marah. Boleh keluar berak ke sembahyang ke then masuk balik sambung makan. Tapi make sure ada kawan jaga meja lah. Kalau semua keluar nanti staff kemas meja jangan kau berputih mata.Kalau weekdays untuk student dapat RM 23 satu kepala. Kalau weekend mahal sikit. RM 27 kalau tak silap :)

Pahtu dah pergi Mp takkan nak balik terus. Kite mesti mencuci mata kata ko. Takde makna kalau Rohaidah Jamal mencuci mata semata-mata. Dapat juga sebat kebaya sehelai. Maka, complete lah baju rayaku. Puase belum start baju raya dah tak payar pikir. Baik korang shopping baju raya sekarang wei. Kalau beli waktu bulan puasa dah takde mood. Percayalah padaku.

Seronok!


Pilihan 1

Pilhan 2.

Tapi akhirnya aku beli warna ungu. Kah3. Sungguh tak dapat melarikan diri dari warna ungu. Baju raya tak boleh tayang sekarang. Itu adalah rahasia. Harge sehelai kebaya ini adalah sangat murah. Rm 50! Kain die pon best compare than that one aku tengok dekat MC. Kain bapak jarang dan nipis harga RM 110. Phewwww!

5 comments:

  1. saya sayang awak.. muah
    dah terkenang eskem honerdw itu... =(

    ReplyDelete
  2. amboi romantiknyeee..
    sayang awk jugak ;)

    ReplyDelete
  3. nanti kite belanje awak eskem pakcik razak ea.. haha

    ReplyDelete
  4. terliur la pulak..hua..rindu seoul garden...nak ckit aisrim? selamat berpuasa ye...

    ReplyDelete
  5. hehe...kak julie dok melaka jugak kan? anytime pon boleh. Selamat berpuase jugak kak :)

    ReplyDelete