Wednesday, May 18, 2011

Update laju-laju.

Ini adalah update laju-laju, jadi sila baca laju-laju! Cepat! Mulakan sekarang!

Sebenarnya nak update cerita pasal Hari Guru tau dua hari yang lepas. Tibe-tibe ada syaiton yang membuatkan aku marah. *Rujuk entry sebelum ini. Jadi terus hilang mood. Cisss punye jantan bedebah!

Aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dalam kancah perguruan ni. Bunyi macam kancah pelacuran je tapi aku memang ada masalah untuk berakap dengan sopan. Grrrrr..... Camni cerita die, ok kalau tak nak tahu cerita aku, tekan pangkah kat atas  belah kanan. Blah sekarang. Blah! Start semula. Camni cerita dia, memandangkan keputusan SPM adalah Astaghfirullahala'zim maka aku tak meletakkan harapan dekat mana-mana IPT. Takde niat nak sambung belajar ok, rasa macam biarlah aku menghabiskan kehidupan ini dengan menyusahkan ibubapa. Kau tengok murni tak murni cita-cita kakak kau ni? Tapi biasalah aku kan mempunyai kakak-kakak yang educated jadi diorang akan malu jika adik bongsu tidak bereducated bersama-sama kerana nanti mak tak boleh gantung gambar konvo 5 orang anak-anaknya. Kalau gantung 4 je mesti orang tanya, "Eh, anak bongsu kau je ke yang bodoh?" Kan boleh sentap kalau itu terjadi. 
Jadi, Angah selaku kakak yang ke pertama telah mengambil inisiatif untuk mengisi borang Institut Perguruan.(Nama sekarang Institut Pendidikan Guru *fakta) Aku layankan aje lah. Lagipun ada sepupu aku, Cik Kalid yang suggest isi borang Institut Perguruan and pilih course Pendidikan Khas. Cik Kalid tu sebenarnya main-main je suruh aku mintak Pendidikan Khas tapi oleh sebab result SPM adalah Astaghfirullahala'zim maka aku suruh Angah letak Pendidikan Khas betul-betul. Kah3. 
Nak dijadikan cerita, aku dapat interview dekat IPG Kampus Raja Melewar, Somban. Memang tu yo IPG paling dokat ngan rumah den. Namo yo orang Pahang tapi nak gi IPG Kuala Lipis tu umang aiii..kemain jauh aa. Berdebar gile ni nak pergi interview. Angah sebagai penjawat awam telah menyediakan aku dengan selengkapnya mengikut acuan penjawat awam juga. Malam tu semangat Dak Angah print maklumat, isu-isu pendidikan dan sebagainya. Esoknya, time nak interview ramai jugak lah yang join. Yang saing dengan aku ramai budak-budak PLKN. Waktu interview tu aku rase perangai aku jadah sangat. Interview tanya semua aku tak boleh jawab tapi muka kakak kau mantain confident. Hahaha. Soalan 'Terangkan tentang sekolah wawsan', selambe je aku jawab " Ermmm.. saya tak pastilah. Sekolah harapan la agaknya" Kah3. Suke hati. Tapi sekarang aku dah tau Sekolah Wawasan tu apa ok. 
Bile habis interview, aku pon tak fikir apa-apa dan tak harap apa-apa. Waktu tu memang tunggu keputusan UPU. Matrik jadah semua tu memang harapan lah kan. Tak tersenarai langsung. Bila keputusan UPU keluar, aku tak dapat mana-mana! Gile frust! Nangis beria-beria, rasa bodoh gile. Apesal aku nangis pon aku tak tau padahal aku tak nak belajar sangat dah pon. Mak selambe je cakap " Takpe lah dik, mak rase awak dapat maktab." Aku frust lah sebab aku tak nak masuk maktab wey. Tak nak jadi cikgu!!! Lepas beberapa minggu interview, Angah checkkan keputusan. Angah poyo gile berlakon ok. Dahlah aku baru bangun tidur waktu tu.

Angah : Dik, ermmmm...angah rase boleh buat rayuan lagi lah maktab ni.
Aku    : Apesal? Tak dapat eh? * Tak frust langsunggggg
Angah : Aah..tak dapat lah. * Mak kat sebelah muke frust gile dah.
Aku    : Takpe lah
Angah: Hahahaha..dapatlah nyot. 
Aku   : Hahahahaha..yeke??Dapat kat mane?? * Pura-pura excited.
Angah: Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Aku   : Alaaaaa..perempuan semua ke??? *serius terus down. HAHAHAHA
Angah : Entah. ye la kot. Ahh..pergi je. Jangan nak gatal.

Hik3.Mak aku paling seronok. Siap nangis lagi T_T. Aku dah la mamai mak nak drama pulak. Semangat peluk aku macam aku dapat gi Oxford. " Mak bukan nangis sebab awak tak dapat U. Tapi mak seronok sangat awak jadi cikgu. Dah lame mak nak anak-anak jadi cikgu. Awak je yang dapat". Touching i tau. T_T

Maka, bermulalah kehidupan aku dalam kancah ini. Cuba meletakkan semangat pendidik dan hari ke hari dan Alhamdulillah aku sangat suka. Sangat amat seronok. Siapa yang reject masuk maktab memang boooodohhh sangat. Elaun dapat.Kerja confirm. Kerja 7am-2 pm. Cuti sekolah adalah cuti cikgu jugak. Dan yang paling pentingggg, jadi cikgu adalah sangat hot. Lelaki mana yang tak nak bini yang bekerja tapi ada banyak masa untuk keluarga kau bagitahu aku? Berapa ramai perempuan yang merungut kena kerja sampai hari sabtu, balik kerja pukul 5pm then penat kemain dengan rumah tak sempat kemas bagai? Jadi, aku sukeeeeee jadi cikgu ;)
 HAPPY BELATED TEACHERS DAY. HAHAHA.





5 comments: