Saturday, May 7, 2011

Cinta hati saya.


Yang itu mak saya. Bukan yang pakai songkok lah. Yang dua-dua kat tepi tu pon bukan! Yang tudung hitam tu barulah mak saya yang sebenarnya. Semangat explain padahal sekali imbas pon dah tau yang mana satu adalah mak T_T. Esok kan hari ibu jadi saya mesti menghupdate tentang ibu saya. Mesti! Mesti!Mesti!

Mak aku tak belajar tinggi pon. Setakat darjah 5 je. Mak cakap mak memang tak minat belajar jadi atok suruh berhenti sekolah dan jaga adik-adik yang ramai. Mak bukan jaga adik-adik kat rumah macam tu je.Tapi mak bekerja sambil menjaga adik-adik. Menoreh getah sambil dukung adik kat atas bahu. Pernah mak cakap sorang adik mak, iaitu my uncle, Pak Itam terkencing waktu mak tengah dukung atas bahu T_T. Balik rumah mak jugak yang memasak. Waktu tu maybe my nenek kerja jugak. Meniaga kain kalau tak silap.Jadi mak yang uruskan adik-adiknya. 

Dapat gaji mak bagi semua duit gaji kat nenek. Mak tak rasa pon duit gaji sendirik. Pernah jugak mak beli emas dengan duit gaji tapi tak sampai beberapa hari beli dah kena gadai semula sebab sangat memerlukan duit T_T. Lebih kurang macam tulah cerita  masa kecik  emak yang aku ingat. Lepas tu mak kahwin dengan abah. Hidup tak senang jugak masa tu sebab abah pon dari keluarga miskin. Lagi miskin dari keluarga emak. Tapi abah boleh kira belia harapan lah kat kampung so atuk berkenan nak buat menantu. Phewittt :). Abah dapat jadi peneroka Felda jadi pindah dari Johor ke Pahang. Pernah mak cerita, waktu tu baru anak sorang iaitu Along lah kan. Along menangis nak beli ais krim. Ais krim yang orang jual naik motor pakai loceng tu. Along pulak jenis kalau nak apa-apa tak boleh tahan-tahan. Tapi mak betol-betol takde duit. Memang langsung takde walaupun harga ais krim tu adalah 10 sen! Betapa susahnye hidup mak waktu tu. Akhirnya mak selongkar tilam, angkat sane angkat sini terpelantinglah 10 sen dari celah-celah tilam. Along gembira tapi aku sebak waktu mak cerita tu.

Banyak lagi cerita kesusahan mak yang aku dengar. Abah pon same. Abah cakap dulu keluarga dia tak mampu beli daging. Paling mampu beli lemak-lemak daging tu. Boleh imagine tak daging yang penuh lemak putih-putih tu? Itulah makanan paling mewah abah waktu kecik T_T.

Aku bukanlah dari keluarga senang. Ayah aku peneroka Felda. Waktu muda sentiasa di ladang. Besarkan anak-anak dengan hasil kelapa sawit. Mak tak bekerja. Jaga anak-anak dengan baik sampai terhasillah 5 orang anak-anak yang aku kira berjaya. Bagi aku mak hebat. Hasil tangan perempuan kampung yang miskin ni, Alhamduliilah, semua anak-anak boleh dikira berjaya. Kami adik beradik takde lah hebat sampai jadi doktor, peguam, engineer tapi  sekurang-kurang along ada diploma, angah, de dan kakteh ada degree dan insyaalllah aku jugak akan dapat degree dalam 3 tahun lagi. Kami bangga dengan mak dan abah. Abah pernah sakit teruk dulu. Tak boleh pergi ladang. Kalau abah tak pergi ladang maksudnya takde hasil. Takde hasil maka, takde duit. Mak berkorban. Mak kerja kilang papan T_T. Pergi kerja pukul 1 pm balik pukul 2 a.m. Waktu ni betul-betul waktu sukar keluarga aku. Along dengan angah dekat universiti. Takde siapa boleh tolong kecuali mak. Bayangkan, aku pergi sekolah pagi, abah yang kurang sihat sediakan sarapan sebab mak tidur, balik kerja sangat penat. Aku balik sekolah dalam pukul 12.45pm, jumpa mak kat bawah pokok je sebab mak dah tunggu bas nak pergi kerja. Aku teman mak tunggu bas kilang. Aku ingat lagi aku akan menangis tengok mak naik bas sebab aku rindu dekat mak. Hari-hari macam tu. Memang jarang sangat jumpa mak. Bila mak balik rumah aku dah tidur. Aku betol-betol rindu mak masa tu T_T. 

Then, emak berhenti kerja. Bukak warung ABC pulak depan rumah. Waktu tu, FELDA bukan macam sekarang. Hasil tak banyak jadi kena carik inisiatif lain untuk tambah pendapatan. Waktu ni kalau cuti sekolah memang kami adik beradik tak menang tangan tolong mak kat warung. Selain ABC dan cendol, kitorang jual laksa, keropok, cucur udang. Pagi-pagi mak bangun awal sangat buat nasi lemak nak jual. Mak memang penat waktu ni. Dari pagi sampai petang dekat warong. Malam pulak sediakan bahan meniaga untuk esok harinye. Kesian mak.  Tapi memang best meniaga kat warong sebab hari-hari dapat duit, bukan banyak sangatlah. Setakat nak buat belanja dapur boleh lah lepas. Alhamdulillah. 

Banyak yang mak tempuh dari kecik sampai lah tua untuk hidup dan  besarkan anak-anak. Alhamdulillah sekarang emak boleh tarik nafas lega. Bukan lah hidup senang sangat tapi cukuplah apa yang perlu. Cukuplah kaya dengan kasih sayang dalam keluarga kami. Mungkin atas kesusahan yang mak tempuh, anak-anak tak dididik dengan kemewahan. Apa yang kami nak, kami kena beli sendirik. Laptop beli sendirik, nak handphone guna duit sendirik, takkan mintak dekat emak kecuali takde duit untuk makan. Untuk makan sahaja! Nak beli baju branded-branded apa semua NO WAY. So, bila kadang-kadang aku terasa nak beli itu, nak beli ini aku akan fikir, aku bukan orang senang sangat. Jangan sampai menyusahkan emak! Mak dah terlalu banyak susah. Bagi masa untuk mak rehat dan tenang.

Aku bangga dengan mak no matter what. Mak tak tinggi pelajaran tapi pengalaman yang mak lalui dari kecik lah yang buat mak jadi wanita yang hebat di mata aku. Mak lah tempat aku mengadu kalau ada masalah. Cukup mak sebagai pendengar je aku dah rase lega. Aku selalu je melawan, menjawab, tinggi suara dengan mak. Kadang-kadang aku tak fikir pon hati mak bila bercakap. Padahal mak dah cuba bagi yang terbaik untuk aku. Jahat sungguh. 

Mak, adik sayang sangat dekat mak. Lebih dari nyawa adik sendirik. Semoga mak panjang umur, murah rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat. Kalau lah mak tau betapa adik rase bersalah setiap kali melukakan hati mak. Adik mintak maaf sangat-sangat. Untuk mak, nyawa pon adik boleh bagi asalkan mak bahagia. Adik janji akan balas jasa mak bila adik dah ada hidup sendirik. Ya Allah, pinjamkan aku wanita ini lebih lama lagi. Please Ya Rabbi. Pleaseee.....

SELAMAT HARI IBU MAK. 

4 comments:

  1. bukan senang nak senang and bukan susah nak susah.....
    mmg kasih ibu hingga ke syurga..
    mak akak dah meninggal pada tahun 2007, tp sampai skrg akak masih rindukan dia...
    rindu nak dail nombor rumah and mengadu kat mak...rindu sngat2...sebab tu bagi yang ada mak tu..hargailah dan tunjukkan la kecintaan kita kepada ibu..menyesal kemudian tidak berguna...

    ReplyDelete
  2. Takziah kak.
    Insyaallah akan buat yang terbaik untuk my emak ;)

    ReplyDelete
  3. saya pun sayang mak saya tau..huhu

    ReplyDelete
  4. adess..xprasan mleleh plak air mate ni...T.T

    ReplyDelete