Wednesday, August 18, 2010

oh my day!

ujian...ujian...
last week aku dah demam dah..Mijah dah bagi ubat. Die suruh ambik antibiotik sekali tapi aku rase macam tak perlu kottttt...natijahnya!semalam gua tergolek di tengah padang!yossshhh..tahniah2!memang pening mat mat. Mule-mule berpinar-pinar..mata kabur tak nampak kawan-kawan aku dah. Yang aku dengar suara Wani, "ayda, ok tak?"nasib baik duduk sebelah Emy yang badannya ermmmm..sedapnye. Nak tido atas Emy sampai malam plssssss...hihihihi..TQ Emy kerana menyediakan aku bahu di saat aku hampir tersungkur kehilangan arah untuk berpaut.caiiittt..jiwang habesss. Waktu tu time gerko softball. Baru warm up gua da pitam. Badan memang dah panas dari malam tadi sebenarnya. Then aku perasaan Fiza dengan Nani ke Ramizah ek papah duduk kat kerusi. Bile dah rase ok sikit aku nak main la sebab diorang da start nak buat game. Plus, tercabar kot dengar die cakap"biaselah perempuan..pening2!"woii!aku bukan buat-buat pitam eh!ok..then dengan semangat jitunya masuk nak jadi pitcher terus!dasar perempuan ego kamu..hahahahha...beberapa saat je suruh Mijah ganti. Dah lah...mengalah je apa orang nak kata. Kalau paksa tibe- tibe mati kang sian kat mak aku. Mak aku sayang aku..kau bukan sayang aku pon kan?

Habis masa gerko, mentor masuk. Rase dah segar sikit maybe tadi kat padang panas kan.Tapi still pening-pening. Sampai time Puan Siti..sorry.memang dah out. Tido je sepanjang masa. Mintak maaf cikgu!Mesti cikgu kecik hati dengan perlakuan sumbang saya.Saya janji tidak akan tidur di dalam kelas EDU 3103 lagi.*sile tulis 1000 kali.Oleh sebab dah weak mat mat aku pon melarikan diri dari kelas Puan Raden. Perghh..hidup mesti bijak. Kalau nak skip pon biarlah tepat pada  waktunya. Hahahhaaha.

Balik bilik..pengsan!bayangkan aku mati seketika dari pukul 11 pagi sampai 3 petang. Sikit pon tak sedar padahal Adlan dah banyak kali call. Lepas zohor tidur balik. Then pukul 4 Kak Naem dengan Ismah bawak pergi klinik. Siap kena ambik ujian darah lagi. Maybe doktor suspek denggi kot. Ape hukum ambik darah ek? Batal ke pose aku semalam? Lupe nak tanya nurse tu semalam sebab dah tak larat sangat.Lama jugak kat klinik. Kesian Kak Naem sampai kena buat RPH dalam kereta. Terima kasih both of you yang layan aku betul-betul macam 'manusia'.Balik tu dah tak larat nak beli makanan berbuka. Nasib baik before that Aizah ada message tanye nak makan apa. Die nak belikan. TQ sangat-sangat kat Aizah. Semoga murahlah rezeki korang yang baik hati sangat ni.Tapi tak habis pon.Padahal nasi ayam sup utara tu favourite mat mat. Kalau Adlan datang wajib makan kat situ.terbaekkk oh!

Malam, after berbuka, maghrib and isya' sambung pengsan. Bangun pagi sahur..Mak dengan Adlan tak bagi puase tapi sayang la. Nanti banyak pulak kena ganti. Gagahkan jugak la. Lagipun dapat MC so tido je lah kan. Malam semalam aku merungut macam -macam tau sebab dah tak larat sangat. Rase nak marah sebab macam-macam gangguan dapat lately ni.Gi mengadu kat Ismah and Kak Naem, diorang cakap Allah sayang aku, Allah ingat aku sebab tu Allah uji dengan pelbagai ujian. Teruk betul aku rase..setakat demam pon nak marah. Padahal Allah dah kata,semakin tinggi tahap keimanan seseorang semakin tinggi ujian diberi.So, bersabar je lah patutnya. Kena istighfar banyak-banyak ni.

Firman-Nya bermaksud: “Dan apabila manusia ditimpa kesusahan, mereka akan berdoa kepada Tuhannya serta bertaubat kepada-Nya.” (Surah ar-Rum, ayat 33)

Rasulullah bersabda bermaksud: “Tiada musibah yang Allah timpakan ke atas seorang Muslim kecuali Allah akan mengkafarahkan denganya dosanya hatta ditusuk duri.” (Riwayat Bukhari).

1 comment: